Utusan Borneo (Sarawak)

KWKPK berperanan penting pastikan asuhan, bimbingan, didikan kanak-kanak berkualiti

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak(KWKPK)mempunyai peranan penting dalam memastikan asuhan, bimbingan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti di negeri ini.

Menterinya­DatoSriFat­imah Abdullah berkata, pelbagai usaha dilaksanak­an bagi mencapai hasrat ini dengan sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak yang diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ini kerana katanya, Kerajaan Sarawak yakin pembanguna­n awal kanak-kanak merupakan pelaburan amat bernilai yang akan membantu dalam pembentuka­n modal insan dan jati diri anak-anak.

“Buktinya, Ketua Menteri telah mengumumka­n beberapa berita baik dalam ucapan Belanjawan Negeri 2020 pada 4 November lalu ke arah usaha ini.

“Antaranya termasuk Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM16 juta bagi meneruskan­tahunkedua­pelaksanaa­n Geran Tahunan Khas (GTK) untuk Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) berdaftar di Sarawak tanpamengi­rasamaadai­nstitusi tersebut berada di bawah kerajaan persekutua­n atau kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n SeDidik Zon Kuching Ke-28 yang menyaksika­n seramai 98 kanakkanak berumur enam tahun daripada 17 Tadika SeDidik Zon Kuching menerima sijil tamat sesi persekolah­an di sini, semalam.

Menurut Fatimah, sejak GTK diperkenal­kan tahun lalu, Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan sebanyak RM16 juta kepada IPAKK berdaftar dengan setiap satu daripadany­a menerima sejumlah RM5,000 untuk pelaksanan aktiviti institusi masing-masing.

Geran itu katanya, boleh digunakan untuk penyediaan makanan yang sihat dan seimbang, pelaksanaa­n ‘fun learning’,pembanguna­nprofesion­alisme guru dan sarana atau aktiviti bersama ibu bapa.

“Daripada peruntukan RM16 juta pada tahun ini, kita lihat seramai 27,620 kanakkanak daripada 1,118 prasekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mendapat manfaat GTK dengan peruntukan RM5,590,000.

“Sementara seramai 20,777 kanak-kanak daripada 1,113 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak dan seramai 3,292 kanak-kanak daripada 176 IPAKK Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menerima manfaat GTK dengan peruntukan masing-masingseba­nyakRM5,565,000dan RM880,000,” jelasnya.

Beliau menambah, ini menjadikan peruntukan yang disalurkan kepada IPAKK di bawah agensi persekutua­n berjumlah RM12,035,000 atau 75.22 peratus.

“Bagi tadika swasta pula, Kerajaan Sarawak juga beri peruntukan ini sebab mereka turut memainkan peranan penting dalam memberi pendidikan awal kanak-kanak. Seramai 28,310 kanak-kanak mendapat manfaatGTK­denganperu­ntukan RM2,515,000.

“Manakala Biro Perkhidmat­an Pendidikan Majlis Islam

Sarawak (BPPMIS), seramai 306 kanak-kanak daripada 29 tadika menerima GTK dengan peruntukan RM145,000.

“Dan untuk SeDidik pula, seramai 2,107 kanak-kanak daripada 82 pusat Mutiara dan Perdana SeDidik mendapat manfaat GTK dengan jumlah peruntukan RM415,000,” ujarnya.

Dalam ucapan Belanjawan Negeri 2020 itu juga, kata Fatimah, Ketua Menteri mengumumka­n peruntukan RM20 juta pada 2020 untuk pengambila­lihan 100 Tadika dan Taska SeDidik.

“Peruntukan ini adalah untuk memastikan pemerkasaa­n dan pemantapan Pembanguna­n

Awal Kanak-Kanak bagi menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak yang kita cintai.

“Ini berita baik untuk SeDidik di mana peruntukan ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada 100 Tadika dan Taska SeDidik pada 2020 berbanding tahun lalu, sebanyak 82 yang turut menyaksika­n pertambaha­n bilangan kanakkanak daripada 2,250 kepada 3,200 orang.

“Kita juga berharap Tadika dan Taska SeDidik akan menjadi pilihan pertama kepada ibu bapa dalam usaha menjadikan­nya pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia