Utusan Borneo (Sarawak)

98 kanak-kanak daripada 17 Tadika SeDidik diraikan

-

KUCHING: Seramai 98 kanakkanak berumur enam tahun daripada 17 pusat Tadika SeDidik diraikan pada Majlis Konvokesye­n SeDidik Zon Kuching Ke-28 di sini, semalam.

Antaranya adalah kanak-kanak SeDidik Mutiara Taman Sri Jaya, SeDidik Mutiara Santubong, SeDidik Mutiara BBS, SeDidik Mutiara Taman Fitrah, SeDidik Mutiara Matang, SeDidik Mutiara Kampung Melayu, SeDidik Mutiara Moyan Laut, SeDidik Mutiara Semera, SeDdidik Mutiara Batu Gong, SeDidik Mutiara Merembeh, SeDidik Mutiara Lundu, SeDidik Mutiara Sageng, SeDidik Mutiara Sampat, SeDidik Mutiara Buntal, SeDidik Mutiara Muara Tuang, SeDidik Mutiara Sira dan SeDidik Mutiara Gedong.

Majlis konvokesye­n itu disempurna­kan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Hadir sama, Pengurus Besar

Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir dan Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman.

Nor Ashikin dalam ucapannnya berkata, SeDidik memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan negeri memberi peluang dan akses kepada pendidikan awal dan pengasuhan kanak-kanak.

“Sejak beroperasi pada 1991 dan sehingga kini, terdapat 83 pusat prasekolah SeDidik di seluruh Sarawak dengan 65 pusat terletak di kawasan luar bandar serta pinggir bandar dan 17 lagi di kawasan bandar.

“Insya-Allah tahun depan kita menyasarka­n SeDidik bakal memiliki 100 pusat prasekolah di seluruh negeri ini.

“Di sini, kita dapat melihat betapa besarnya peranan SeDidik dalam membantu kerajaan negeri memberi peluang dan akses kepada pendidikan awal dan pengasuhan kanak-kanak tidak kira di mana mereka berada,” katanya.

Kita bukan hanya menitikber­atkan pembelajar­an dalam kelas atau formal malah SeDidik akan mempelbaga­ikan lagi aktiviti di luar kelas untuk memberi perkembang­an seawal mungkin serta holistik atau menyeluruh, tambah beliau.

Dalam pada itu, Nor Ashikin berkata, SeDidik akan sentiasa berusaha menjadi lebih proaktif dalam menambah baik mutu perkhidmat­an yang diberikan kepada kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat.

Mengenai majlis itu, beliau mmberitahu, ia bertujuan meraikan anak-anak SeDidik yang telah menamatkan pengajian peringkat prasekolah serta memberi pengiktira­fan kepada merea yang menunjukka­n kecemerlan­gan dalam pembelaran masingmasi­ng.

Turut diadakan bagi memeriahka­n majlis itu ialah persembaha­n tarian, nyanyian dan lakonan daripada kanak-kanak SeDidik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia