Utusan Borneo (Sarawak)

30 kontinjen sertai perhimpuna­n, perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Serian

-

KUCHING: Sebanyak 30 kontinjen dengan penglibata­n 1,500 orang telah menyertai perhimpuna­n dan perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Serian semalam.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, perarakan sejauh dua kilometer itu dimulakan dari Taman Komuniti Serian dan berakhir di Dewan SJK (C) Chung Hua Serian.

Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Kedup Martin Ben.

Pertanding­an Sepanduk dan Perarakan melibatkan lima kategori dipertandi­ngkan pada hari tersebut merangkumi Kategori A; sekolah rendah dan pusat tahfiz, Kategori B; institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan pusat kemahiran, Kategori C; sasjid, surau dan kumpulan hadrah, Kategori D; persatuan, kelab dan pertubuhan serta Kategori E; jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun, firma swasta, syarikat dan institusi kewangan.

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM300 berserta piala untuk tempat ketiga, wang tunai berjumlah

RM400 berserta piala untuk naib johan manakala johan menerima wang tunai RM500 berserta piala.

Rubiah dalam ucapannya menghargai sokongan pihak pentadbira­n bahagian Serian khususnya, Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam selaku pengelola majlis itu semalam.

Katanya, jawatakuas­a itu bukan sahaja menganjurk­an acara, bahkan pelbagai lagi acara melibatkan masyarakat Islam di bahagian Serian di mana sebahagian kawasan beliau iaitu Parlimen Kota Samarahan turut termasuk di bawah pentadbira­n bahagian Serian.

Antaranya adalah Majlis Tilawah Al-Quran yang menjadikan Kampung Sungai Bandung selaku tuan rumah baru-baru ini serta aktiviti lain seperti sambutan bulan Ramadahan, Hari Raya Aidiadha dan sebagainya.

Pada majlis itu beliau turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM15,000 diberikan kepada Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam, Pejabat Residen Bahagian Serian.

Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Residen Bahagian Serian Mahyuddin Hafiz selaku pengerusi pengelola majlis turut memuji komitmen yang diberikan pelbagai pihak dalam menjayakan majlis tersebut.

Antaranya adalah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS), Jabatan Agama Islam Bahagian Serian, JKR Serian, MDS Serian dan banyak lagi.

Penyampaia­n hadiah bagi Pertanding­an Zikir Marhaban yang telah diadakan pada 8 November di Masjid Bahagian Serian turut diadakan menyaksika­n kumpulan Al-Mawaddah Masjid Bahagian Serian mendapat tempat pertama, kumpulan As Syifa Masjid Darul Iman Kampung Jaya Ria di tempat kedua dan ketiga kumpulan Al Musawei Kampung Lintang Baru.

Acara kemuncak pada hari tersebut adalah penganuger­ahan Tokoh Maulidur Rasul di mana Pemanca Salbiah Emon telah diumumkan sebagai penerima.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala sumbangan LAKIS.

Turut hadir Pemangku Residen Bahagian Serian Selamat Jati Yanjah, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng, Setiausaha Majlis Daerah Serian Constantin­e dan Pengerusi LAKIS Mohammad Amin Dan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia