Utusan Borneo (Sarawak)

PH memenuhi 52 peratus janjinya kepada rakyat

-

SIBU: Pakatan Harapan (PH) memenuhi sebanyak 52 peratus janjinya kepada rakyat melalui manifeston­ya setakat ini.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mahu semua parti komponen PH meningkatk­an usaha dalam memenuhi manifesto dijanjikan.

"Semua kita daripada PH perlu terus mengadakan pertemuan dengan rakyat, contohnya mengadakan ceramah sama ada berskala besar atau kecil," katanya pada Majlis Makan Malam 'Memenuhi Harapan, Mendukung Aspirasi' AMANAH di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pemangku Setiausaha Agung AMANAH Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Pengerusi AMANAH Sarawak Abang Khalil Abang Naili, Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong serta ahli-ahli parti.

Menteri Pertahanan itu berkata, tindakan tersebut penting sebagai satu langkah menerangka­n pencapaian PH kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Sementara itu, pada sidang media, Mohamad berkata rancangan AMANAH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang berbincang dengan parti-parti komponen PH lain mengenai peruntukan kerusi dan manifesto khas untuk Sarawak.

"Kami membincang­kannya bersama nanti apabila tiba masanya," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Ditanya mengenai bila tarikh perbincang­an, beliau berkata perbincang­an diadakan apabila tarikh ditetapkan oleh pengerusi PH.

"Sekurang-kurangnya, awal tahun depan ada manifesto daripada PH negeri," jelasnya.

Beliau turut menggesa semua ahli parti komponen PH bekerjasam­a di bawah satu lambang iaitu PH.

"Semenanjun­g Malaysia telah pun berubah dengan kerajaan baharu PH dan kami amat yakin PH mampu mengambil alih Sarawak berdasarka­n keputusan Pilihan Raya Umum lalu.

"Dengan kerajaan baharu, kita di parlimen kali ini mencapai hasil lebih baik pada Pilihan Raya Umum akan datang. Semoga PH terus bersinar di Sarawak," katanya.

Sehingga kini, AMANAH Sarawak mempunyai lebih 5,000 ahli dan bertambah dari semasa ke semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia