Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan Harapan Sarawak buat laporan polis berhubung gelaran 'ulun'

-

KUCHING: Seorang pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan tampil membuat laporan polis petang Sabtu berhubung gelaran 'ulun' terhadap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sarawak.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Sekama sekitar jam 5.13 petang Sabtu oleh Pegawai Khas ADUN Padungan Brolin Nicholsion.

Beliau menerusi satu kenyataan berkata, perkataan 'ulun' yang diungkap ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 November lalu mengatakan PH Sarawak adalah 'ulun' tuan mereka di Malaya (Semenanjun­g) dan wakil rakyat PH tersebut di negeri ini takut terhadap 'bos' mereka.

"Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Yang Berhormat (YB) Juanda untuk meneliti perkara tersebut.

"Perkataan 'ulun' amat galak digunakan pada masa ini dan ia satu penghinaan bagi masyarakat Dayak," katanya.

Beliau memberitah­u, daripada 12 kerusi yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lima kerusi diwakili wakil rakyat Dayak yang dipilih oleh masyarakat Dayak.

"Jadi YB Juanda turut merujuk kepada masyarakat Dayak sebagai 'ulun'. Ini sesuatu yang memalukan kerana beliau merupakan bekas mufti tetapi tidak mempunyai sensitivit­i terhadap masyarakat Dayak dengan melemparka­n gelaran seperti ini.

"Gelaran ini amat menyakitka­n dan menunjukka­n provokasi untuk menaikkan kemarahan masyarakat Dayak yang mengundi wakil rakyat PH yang mereka telah pilih pada PRU lalu," tegasnya.

Jelas Brolin, dalam tradisi di rumah panjang, menggelar seseorang sebagai 'ulun' akan dikenakan hukuman mengikut adat setempat oleh tuai rumah.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Adat Istiadat Sarawak mengambil tindakan terhadap Juanda.

"Bagi YB Juanda mungkin perkataan itu tidak membawa makna apa-apa tetapi bukan bagi masyarakat Dayak kerana ia satu penghinaan," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau meminta Juanda memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Dayak atas kenyataann­ya itu.

 ??  ?? LAPOR: Brolin menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya terhadap Juanda.
LAPOR: Brolin menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya terhadap Juanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia