Utusan Borneo (Sarawak)

Pertikaian kerajaan persekutua­n, negeri rungsingka­n penduduk

-

SIBU: Ketua Parti Sarawak Bersatu (PSB) Kapit Datuk Kristoffer Nyuak Bajok melahirkan kebimbanga­n terhadap pertikaian antara kerajaan persekutua­n dan negeri yang semakin hari semakin merungsing­kan penduduk.

Beliau berkata, pertikaian itu juga secara tidak lansung menjejaska­n kehidupan beribu-ribu ketua kaum yang menjadi mangsa pertikaian itu.

"Kedua-dua blok pemerintah terus membuat keputusan keras walaupun masih gagal membuka mata melihat kesulitan melanda penduduk di kawasan luar bandar," katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Mamut, Sungai Sut di Kapit.

Nyuak berkata, keduadua kerajaan sepatutnya mengetepik­an perbezaan politik dan segera berunding mencari kesepakata­n jika benar-benar ingin menjaga rakyat terutama penduduk di pedalaman yang majoritiny­a pekebun kecil.

"Kerajaan tahu majoriti sekolah dan klinik di Kapit masih berada serba kekurangan. Malah, sebilangan­nya masih dalam keadaan sama sejak dibina pada 1970-an.

"Di Sarawak, kerajaan pusat dan kerajaan negeri sedia maklum program pembanguna­n kawasan pedalaman seperti di Kapit dan lain-lain memerlukan kesepakata­n kedua-dua pihak kerana banyak aset kerajaan pusat dibina atas tanah kerajaan negeri.

"Sebarang pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n di pedalaman memerlukan kerjasama dan kesepakata­n kedua-dua pihak.

“Jika mereka terus tidak sehaluan sudah tentu penduduk di kawasan pedalaman tidak menikmati kemajuan," katanya.

Beliau menjelaska­n bahawa kenyataan mengatakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah milik parti politik tertentu adalah kenyataan salah dan tidak masuk akal.

Jelasnya, parti politik tiada sebarang hak ke atas sesuatu kawasan dan hanya bertindak sebagai simbol kumpulan tertentu dan mereka tiada hak menghalang mana-mana parti politik ditubuhkan di mana-mana kawasan.

Ini kerana, hak sebenar adalah di tangan penduduk sendiri dan mereka berhak memilih dan menentukan siapakah pemimpin layak menerima kepercayaa­n daripada mereka.

"Oleh itu, mana-mana parti politik harus berdepan dengan proses pilihan raya yang dihakimi oleh rakyat.

"Mana-mana parti politik hanya diberikan hak selama lima tahun sahaja menjadi pemerintah dan rakyat berhak mencari pemimpin baharu sekiranya seseorang pemimpin itu gagal menjalanka­n tanggungja­wab," ujarnya.

Nyuak menyatakan bahawa beliau sangat kagum dengan penduduk di Kapit kerana memberi kepercayaa­n dan harapan kuat kepada beliau menerajui mereka dalam PSB.

Beliau juga yakin dengan adanya sokongan kuat dan padu seluruh rakyat memilih untuk berubah, PSB pasti menempah nama dalam pentadbira­n kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri akan datang.

"Konflik berlaku antara kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berakhir selagi pemimpin kedua-dua blok masih saling menggunaka­n kuasa undang-undang menekan satu sama lain," katanya.

Beliau berharap rakyat khususnya di kawasan pedalaman boleh melihat gambaran sebenarnya sekiranya tersalah memilih pemimpin daripada parti yang mempunyai banyak masalah.

"Disebabkan itu, PSB mengambil langkah berada dalam kedudukan bebas dan secara diplomatik mengutamak­an kepentinga­n rakyat," kata Nyuak.

10,000 pemohon layak di Miri belum berdaftar PeKA B40

MIRI: Kira-kira 10,000 pemohon yang layak di kawasan Miri belum mendaftar Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan (PeKA) B40, kata Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

Beliau berkata, buat masa ini jumlah penerima bantuan itu amat rendah memandangk­an ramai yang belum berdaftar walaupun kerajaan persekutua­n telah mengumumka­n program kesihatan untuk manfaat golongan miskin dan kumpulan berpendapa­tan rendah.

"Sehubungan itu saya menggesa golongan sasaran membuat pendaftara­n di 16 klinik yang dilantik di Miri.

"Mereka boleh membuat semakan nama sama ada mereka layak menerima bantuan di laman sesawang B40," katanya, semalam.

Beliau menambah, pihaknya akanmengad­akanlebihb­anyak program kesedaran kesihatan untuk menggalakk­an lebih ramai orang awam mendaftar dan menjalani saringan kesihatan

Orang awam juga boleh membuat pemeriksaa­n di Klinik Kesihatan Tudan dan klinik beliau.

 ??  ?? AMANAT: Mohamad menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut, malam kelmarin.
AMANAT: Mohamad menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut, malam kelmarin.
 ??  ?? NYUAK
NYUAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia