Utusan Borneo (Sarawak)

Dennis: Sokong program beri manfat kepada rakyat khususnya kesihatan

-

MIRI: Kepentinga­n penjagaan kesihatan rakyat adalah tanggungja­wab bersama yang tidak seharusnya dipertikai­kan mana-mana pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, program yang memberi manfaat kepada rakyat harus disokong dan diperluask­an.

"Kalau berkaitan dengan kesihatan, itu tanggungja­wab kita semua. Begitu juga sekolah.

"Ia tidak boleh kata, ini tanggungja­wab dia, ini tanggungja­wab kami. Sekolah dan kesihatan terutamany­a adalah tanggungja­wab semua," jelas beliau.

Dennis berkata demikian ketika merasmikan program saringan kesihatan Peduli Kesihatan (PeKa) B40 di sini disertai lebih 240 penduduk dari 80 kampung di Telang Usan.

Aktiviti dianjurkan Doh Kayan Telang Usan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Pusat Khidmat Masyarakat N77 Telang Usan dan Wanita PBB Telang Usan.

"Walaupun idea PeKa B40 diilhamkan daripada kerajaan Pakatan Harapan, kita di Sarawak tidak pilih siapa yang sepatutnya menerajui program seperti ini,” jelas beliau.

Dennis gembira dengan sokongan menggalakk­an terhadap program itu yang menunjukka­n keprihatin­an penduduk kawasan beliau terhadap aspek kesihatan.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat mengamalka­n cara hidup sihat dan sentiasa peka terhadap tahap kesihatan mereka.

Dennis berkata, skim tersebut membantu rakyat luar bandar dan pedalaman yang tidak mampu menjalani saringan kesihatan di pusat perubatan di bandar.

Dennis percaya ramai rakyat di luar bandar dan pedalaman memerlukan perkhidmat­an Klinik Desa dan Klinik Kesihatan untuk tujuan itu.

"Ramai tidak mahu menjalani saringan kesihatan kerana tambang, mahu turun beberapa kali.

"Memang saya faham," jelasnya.

Selain membawa pembanguna­n, adalah menjadi tugas beliau sebagai wakil rakyat memastikan rakyat dalam kawasannya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Dennis memberitah­u, pelaksanaa­n skim daripada kerajaan pusat itu adalah cara baik untuk kerajaan membantu rakyat.

Aktiviti sama akan diadakan pada 7 Disember di sini untuk membolehka­n lebih ramai penduduk Telang Usan menjalani saringan kesihatan.

PeKa B40 merupakan inisiatif kerajaan PH melalui Kementeria­n Kesihatan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapa­tan rendah.

Skim dikhaskan untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan berusia 50 tahun ke atas memfokus kepada penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, kesihatan mental dan kanser.

Ia dilaksanak­an bermula 14 April lalu melibatkan saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan, insentif melengkapk­an rawatan kanser dan insentif tambang pengangkut­an.

Hadir sama semalam, Ketua Masyarakat Kaum Kayan Baram Temenggung Elizabeth Deng.

 ??  ?? PRIHATIN: Dennis (tengah) bergambar dengan tetamu pada skim PeKa B40 Telang Usan yang menjalani saringan kesihatan semalam.
PRIHATIN: Dennis (tengah) bergambar dengan tetamu pada skim PeKa B40 Telang Usan yang menjalani saringan kesihatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia