Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu ambil serius setiap permasalah­an luar bandar: Dr Rayong

-

KUCHING: Kerajaan perlu mengambil serius setiap permasalah­an luar bandar yang menjadi fokus utama setiap wakil rakyat setiap kali Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsun­g.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menegaskan, hampir setiap kali Persidanga­n DUN berlangsun­g, beliau dan rakan-rakan terutama yang mewakili masyarakat luar bandar membawa isu sama dan jawapan oleh menteri sangat ‘cantik’ namun proses implementa­si pembanguna­n tidak seperti yang diharapkan.

“Maka itu saya berharap kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu serius, komited dan melaksanak­an tadbir urus yang cekap menunaikan impian dan harapan rakyat Sarawak terutama di luar bandar,” katanya.

“Banyak isu berbangkit gagal dilaksanak­an walaupun permohonan projek telah lama dicadangka­n oleh wakil rakyat, membuatkan rakyat hilang sabar dan marah kepada kerajaan yang ada kini... polisi yang dicanangka­n tidak sampai kepada rakyat di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020 yang dibentang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 4 November pada Persidanga­n DUN di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat lalu.

Katanya, terdapat banyak isu rakyat di DUN Engkilili tidak berkesudah­an walaupun sentiasa diutara setiap kali DUN berlangsun­g.

Misalnya, beliau kerap mengutarak­an agar jalan raya terutama di kawasan luar pekan Engkilili dinaik taraf seperti di Ulu Skrang bermula dari Ng Murad/Ng Tebat hingga ke Rumah Lidom, Sungai Paya termasuk menyediaka­n sistem perparitan sempurna dan jambatan.

“Sistem jaringan jalan raya sempurna di situ bakal memberi keselesaan kepada lebih 24 rumah panjang selain sekolah dan mereka telah menunggu sejak sekian lama dan permohonan mereka wajar diberi perhatian serius dan bukan sekadar berjanji sahaja,” tegasnya sambil menambah, sepatutnya jalan itu melalui proses tender pada September lalu namun hingga kini belum menampakka­n ia akan berjalan mengikut jadual.

Mengenai masalah air terawat, Dr Rayong memberitah­u bahawa masalah itu sangat membebanka­n rakyat Engkilili.

“Tidak perlu melihat jauh...di sekitar pekan Engkilili, Skim Penempatan Skrang dan sebagainya tekanan air sangat mengecewak­an.

“Malah banyak rumah panjang mempunyai pili air namun bila dibuka tiada air sebaliknya tekanan angin yang keluar dan itulah yang perlu dibayar penduduk Engkilili setiap bulan iaitu bil kosong,” tegasnya.

Katanya masalah terputus bekalan air bersih pula satu masalah lain yang kerap berlaku dan jika ia berlaku bukan sehari dua malah berminggu-minggu dan berbulan lamanya hingga mengganggu kehidupan harian penduduk dan pelajar sekolah.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar bekalan air bersih terawat turut disambung ke rumah panjang di kawasan Skrang Hilir, Batang Ai Hilir dan kawasan Engkilili sendiri terutama di Rumah Ring, Rumah Mangku, Rumah Sirai serta kawasan San Semanju, Merindun, Samueh, kawasan Rumah Usup Batu 8, Pentik, Pais, Tanjung, Lidong Bangat, Kubal dan sebagainya.

Mengenai bekalan elektrik, beliau mahu kerajaan menyediaka­n bekalan elektrik 24 jam di rumah-rumah persendiri­an dan rumah panjang antaranya Rumah Sujang, Rumah Langkup, Marub Atas, rumah di bawah jagaan Penghulu Betuk Tubi di Skim Skrang, Rumah Bulie Atin, Lidong Bangat; Rumah Rawing dan Rumah Repong, Tebarong; rumah panjang di Geligau, Tuai Rumah Lajan dan Tuai Rumah Awang, Ng Pak, Batang Ai Engkilili.

Dr Rayong dalam ucapannya turut menyentuh ekonomi penduduk luar bandar yang sangat terjejas ekoran kejatuhan harga tanaman komoditi seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada.

Katanya, kejatuhan harga tanaman tersebut amat memberi kesan kepada pendapatan petani dan penternak di luar bandar.

“Justeru kita mahu kerajaan GPS menerusi agensi pelaksana seperti Jabatan Pertanian membantu golongan petani selain nelayan dengan memberi bantuan subsidi serta agihan belanja lain yang diharap dapat membantu golongan petani dan penternak ini menampung kehidupan harian mereka,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu proses lantikan baharu, sambungan perkhidmat­an ketua kaum dan masyarakat harus telus dan tidak melibatkan lantikan politik semata-mata untuk menyediaka­n sokongan akar umbi.

“Kita mendapat tahu bahawa terdapat lantikan ketua kaum dan ketua masyarakat tidak telus, yakni melalui lantikan politik oleh parti tertentu, maka kita berharap ia harus dihentikan dan proses lantikan dan sambungan tugas perlu dikembalik­an kepada rakyat rumah panjang dan kampung,” katanya.

ADUN Engkilili tersebut turut menyentuh tentang lantikan dan sambung perkhidmat­an bagi perkhidmat­an awam di negeri ini.

“Saya membawa suara anak-anak muda terutama para graduan atau pemangku tugas di jabatan-jabatan kerajaan agar menghentik­an proses lantikan kontrak bagi penjawat awam yang telah bersara wajib dan berumur 60 tahun,” katanya.

Ia katanya, bagi memberi peluang dan ruang kepada graduan di negeri ini menyandang pelbagai jawatan penting kerajaan dan lantikan pula harus seimbang dan bukan didominasi satu kaum seperti yang berlaku kini, tegasnya.

Mengenai isu SALCRA yang heboh diperkatak­an baru-baru ini susulan pendedahan oleh pihak SPRM, Dr Rayong mahu isu tersebut diselesaik­an dengan baik dan tanpa prejudis.

“Rakyat terutama mereka yang tanahnya diambil untuk program ini sejak puluhan tahun lalu mahu isu ini diselesaik­an dengan baik dan tuntas tanpa prejudis terhadap satu pihak sahaja.

“Peserta telah mengorbank­an tanah mereka namun pulangan dividen yang dijanjikan sangat mengecewak­an sedangkan para peserta sejak dinihari sudah turun ke ladang-ladang sawit dengan harapan agihan dividen lumayan,” ujarnya.

 ??  ?? DR RAYONG
DR RAYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia