Utusan Borneo (Sarawak)

Srikandi BERSATU dekati rakyat akar umbi

-

PONTIAN: Ketua Srikandi Parti Pribumi Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Azizah Mohd Dun menyeru semua pemimpin Srikandi BERSATU khasnya dari peringkat akar umbi sehingga pimpinan peringkat bahagian dan negeri untuk bekerjasam­a dalam mendekati masalah rakyat khasnya berkaitan isu kebajikan dan keperluan rakyat.

Katanya kebajikan rakyat dan isu keperluan rakyat meliputi aspek perumahan, bantuan perubatan bagi yang memerlukan dan pemantauan dari segi pendidikan anak-anak.

“Saya lihat, isu kebajikan rakyat adalah isu yang ada di semua tempat, tidak kira di negeri mana sekalipun, pasti ada rakyat kita yang mempunyai masalah khasnya dari segi kebajikan mereka, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak.

“Lebih menyedihka­n lagi apabila ada yang menghidap penyakit kronik atau tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU) yang sewajarnya sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan bagi pemimpin di kawasan masing-masing kerana sememangny­a tugas seorang pemimpin dan ahli parti itu sendiri adalah berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ziarah dari rumah ke rumah di Kampung Chokoh, Serkat Tanjong Piai di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menegaskan bahawa kebajikan rakyat yang paling perlu dipandang serius adalah isu perumahan dan pendidikan anak-anak.

“Masih banyak rakyat yang berada dalam kategori miskin tegar dan perlu dibantu, masih tidak mendapat kediaman yang selayaknya, misalnya perumahan untuk rakyat termiskin dan bantaun persekolah­an untuk anakanak mereka.

“Kita harus ambil tahu bahawa kepayahan mereka dalam meneruskan kehidupan dan mencari sesuap nasi adalah amat perik dan anak-anak mereka juga berjuang demi mendapatka­n pendidikan,” katanya.

Beliau terdahulu turut menziarahi kediaman penduduk di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serkat bersama rombongan jentera BERSATU Sabah ke sana.

Dalam masa yang sama Azizah turut menghadiri taklimat di PDM Serkat bersamasam­a dengan jentera Srikandi Sabah, Srikandi Tebrau dan Srikandi Serkat serta menziarahi ibu allahyarha­m Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Normah Mohamad yang juga Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Tanjong Piai.

Program ziarah disertai Timbalan Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Ekskutif BERSATU Sabah Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Srikandi BERSATU Kinabatang­an Dayang Norhayati Titing, Ketua Srikandi BERSATU Beluran Aneh Jamri dan Setiausaha Kerja ARMADA BERSATU Sabah Azuan Ruzfah.

 ??  ?? HADIR: Antara jemaah yang hadir Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M.
HADIR: Antara jemaah yang hadir Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M.
 ??  ?? JEMPUTAN: Osman bergambar bersama pelajar tahfiz yang dijemput meraikan sambutan itu.
JEMPUTAN: Osman bergambar bersama pelajar tahfiz yang dijemput meraikan sambutan itu.
 ??  ?? BACAAN YASIN: Aidi (kiri) dan Syed Abas (dua kiri) menyertai bacaan Yasin yang dipimpin oleh Suhaidi.
BACAAN YASIN: Aidi (kiri) dan Syed Abas (dua kiri) menyertai bacaan Yasin yang dipimpin oleh Suhaidi.
 ??  ?? DOA SELAMAT: Tun Juhar (tengah) mengaminka­n doa yang dipimpin oleh Bungsu (dua dari kanan).
DOA SELAMAT: Tun Juhar (tengah) mengaminka­n doa yang dipimpin oleh Bungsu (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia