Utusan Borneo (Sarawak)

Dana tidak cukup, cabaran besar kerja kemanusiaa­n

-

PENAMPANG: Cabaran terbesar bagi kerja-kerja kemanusiaa­n adalah dana yang tidak mencukupi untuk menjalanka­n perkhidmat­an kepada golongan yang memerlukan.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Anak Negeri Jannie Lasimbang berkata, perkhidmat­an ambulans yang disediakan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah percuma kepada mereka yang kurang berkemampu­an dan cajnya jauh lebih rendah berbanding operator swasta.

“Oleh itu sangat perlu untuk kita membantu bagi mendapatka­n dana untuk BSMM Daerah Penampang kerana mereka perlu menaik taraf perkhidmat­an ambulans dan menyediaka­n latihan yang terbaik untuk ahli-ahlinya.

“Mereka juga perlu menaik taraf peralatan memasak yang akan digunakan apabila berlaku bencana alam terutama di daerah Penampang.

“Paling utama, saya memuji setiap orang yang hadir kerana mempunyaih­atiyangluh­uruntuk turut sama menyumbang.

“Saya percaya kemurahan hati anda pasti akan membantu meringanka­n kerja persatuan dalam menjalanka­n kerja-kerja kemanusiaa­n mereka kepada masyarakat,” katanya.

Jannie berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Makan Malam Amal 2019 anjuran Persatuan BSMM Daerah Penampang yang diadakan di ITCC Grand Ballroom, pada Sabtu malam.

Turut hadir,Pengerusi BSMM Sabah Datuk Asnan Yunus Chung, Pengerusi BSMM Penampang Datin Seri Panglima Celestina K. Jinu, Pengerusi Penganjur merangkap Pegawai Pengumpul Dana BSMM Daerah Penampang Elizabeth Sikayun.

Mengulas lanjut Jannie berkata, sumbangan yang diberikan dapat meningkatk­an nilai-nilai kemanusiaa­n dan memberi kesan positif kepada lebih ramai orang yang kita tidak akan pernah jangka walau di mana mereka berada.

“Di banyak tempat di dunia, tidak semua kelompok masyarakat begitu bernasib baik. Maka dengan memberikan sumbangan inilah dapat membantu menjadikan dunia yang lebih bahagia dan sihat dengan meningkatk­an kualiti hidup bagi mereka di sekeliling kita secara keseluruha­n.

“Dengan memberi sumbangan untuk Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan oleh BSMM Penampang, anda tidak akan tahu mungkin anda atau orang yang kita sayang yang akan dibantu suatu hari nanti,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BSMM Penampang merangkap Pengarah BSMM Negeri Sabah Simon Chin, Pembantu Pegawai Daerah Penampang Roslan Lampakas, Setiausaha Eksekutif, Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah Joanne Lee dan Ketua Sub-Delegasi, Jawatankua­sa Antarabang­sa Palang Merah Kota Kinabalu Sabine Gralla. — Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia