Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Sovereignt­ists akan menganjur perhimpuna­n rakyat

-

KUCHING: Kumpulan aktivis Sarawak Sovereignt­ists akan menganjurk­an perhimpuna­n rakyat yang dinamakan Kongres Rakyat Sarawak 2020 pada 2 Mei 2020.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, perjumpaan kongres tersebut akan memberi tumpuan kepada tema kedaulatan, penentuan nasib dan perpaduan bagi negeri Sarawak .

Kertas yang akan dibentangk­an di Kongres itu termasuk Kedaulatan Sarawak Masa Lalu, Kini, Masa Depan, Penentuan Diri di Bawah Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu Artikel 1 Para 2 dan Artikel 55 Untuk 1 (3) Hak Pemilikan dan Ekonomi Minyak dan Gas Sarawak dan Kajian Kelestaria­n Ekonomi Sarawak dan Bajet Bayangan.

Pihaknya menjelaska­n bahawa kemampanan ekonomi adalah keupayaan sebuah negara untuk menyokong ‘infinitum’ pendudukny­a dan kepentinga­n untuk melihat jika Sarawak mempunyai sumber ekonomi iaitu sumber kewangan dan berupaya berdikari untuk memenuhi keperluan masa depan rakyatnya.

Terdapat juga Belanjawan Bayangan Sarawak untuk menawarkan visi alternatif untuk menguruska­n cabaran ekonomi dan menawarkan perspektif mengenai belanjawan kerajaan negeri dari segi perbelanja­an dan penjanaan pendapatan.

Kongres turut membabitka­n perbincang­an terbuka mengenai hala tuju untuk masa depan Sarawak pada masa depan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin.

Sesi tambahan pilihan, ‘Activism for Change’ juga akan disediakan atas permintaan popular.

Kesemua peserta kongres itu akan menerima sijil penyertaan masing-masing.

Kongres dibuka kepada orang awam dan kemasukan adalah percuma, tetapi pendaftara­n awal diperlukan kerana tempat duduk terhad dengan menghubung­i atau WhatsApp ke 019-8152872 atau 014-5950511.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia