Utusan Borneo (Sarawak)

Agong berangkat ke Karnival Usahawan Koperasi MED

-

PUTRAJAYA: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenan mencemar duli berangkat ke Karnival Usahawan Koperasi Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED).

Keberangka­tan baginda pada jam 9.30 pagi disambut Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Al Sultan Abdullah diiringi Mohd Redzuan turut berkenan meluangkan masa menyantuni golongan asnaf dan gerai-gerai koperasi yang menyertai pameran di karnival itu.

Sejurus itu, Al Sultan Abdullah mengurniak­an hadiah kepada peserta acara 9to5 Run Half Marathon. Seramai 10,000 peserta menyertai larian marathon dan mula membanjiri perkaranga­n Istana Kehakiman di sini seawal jam 6 pagi.

Karnival Usahawan Koperasi MED yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas, telah merekodkan jualan lebih RM150,000 selain menarik lebih 20,000 pengunjung dari sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.

Karnival tersebut telah menghimpun­kan pelbagai produk dan perkhidmat­an awam yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi daripada kluster mikro, kecil, sederhana dan besar.

Selain itu, sesi BizOpp yang diadakan semasa berlangsun­gnya karnival ini telah memberi manfaat kepada lebih 200 peserta untuk mempelajar­i sistem perniagaan daripada pengasas-pengasas jenama besar seperti The Manhattan Fish Market, Chatime dan Al-Ikhsan Sports. — Bernama

KUALA LUMPUR: Kajian oleh Climate Central (Independen­t Research Organisati­on) yang menggambar­kan bahawa bandar utama di Malaysia akan lenyap kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050 tidak menggambar­kan keadaan banjir pantai secara setempat di Malaysia.

Menurut kenyataan Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) kaedah yang digunakan dalam hasil kajian yang diterbitka­n dalam artikel Nature Communicat­ion pada 29 Okt lepas itu hanya bersesuaia­n untuk pelaksanaa­n penilaian secara umum di peringkat global.

“Kaedah analisis itu juga menyebabka­n penghasila­n maklumat kawasan banjir terlebih anggar daripada keadaan sepatutnya untuk kawasankaw­asan yang dilaporkan.

“Pihak Kementeria­n menasihatk­an orang ramai supaya tidak cemas terhadap dapatan kajian tersebut seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut laporan akhbar tersebut, beberapa bandarband­ar utama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak didakwa bakal ‘lenyap’ kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050.

Menurut kementeria­n itu, penghasila­n maklumat kawasan banjir terlebih anggar disebabkan kajian menggunaka­n gabungan data nilai kenaikan aras laut dan kejadian banjir daratan tertinggi yang dijangka berlaku serentak yang memungkink­an kawasan pantai akan ditengelam­i dan lenyap berbanding kawasan sebenar yang terlibat.

Selain itu, disebabkan kajian berasaskan model topografi yang statik tanpa mengambil faktor-faktor dinamik semasa seperti struktur pelindunga­n pantai dan tebatan banjir yang tersedia ada dan akan dijalankan oleh KATS melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kata kementeria­n itu.

“Pendekatan yang betul untuk membuat penilaian tersebut perlu menggunaka­n pemodelan dinamik dan data setempat yang bukan berasaskan kepada keterdedah­an banjir

Kaedah analisis itu juga menyebabka­n penghasila­n maklumat kawasan banjir terlebih anggar daripada keadaan sepatutnya untuk kawasan-kawasan yang dilaporkan.

Kenyataan KATS

berasaskan kepada ketinggian statik topografi kawasan tersebut semata-mata.

“JPS peka mengenai ancaman peningkata­n paras air laut yang memberi kesan amat ketara kepada persisiran pantai negara.

“Ini kerana kenaikan paras laut secara relatifnya meningkatk­an kedalaman air laut ketika air pasang serta menyebabka­n fenomena ombak besar semasa kejadian ribut berlaku seterusnya meningkatk­an frekuensi banjir air laut dan kadar hakisan pantai,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, JPS turut mempunyai perancanga­n untuk menaik taraf pertahanan pantai bagi menangkis ancaman tersebut dengan menyediaka­n peta hazard hakisan dan banjir pantai melalui program Pelan Pengurusan Zon Pantai Bersepadu untuk mengurangk­an risiko bencana kawasan pesisir pantai negara.

“Pelaksanaa­n program berkenaan secara berterusan dapat mengelakka­n bencana besar sepertiyan­gdigambark­andalam senario kenaikan paras air laut jangka panjang tersebut.

“Kajian secara terperinci berhubung kesan perubahan iklim serta kenaikan aras laut melibatkan bandar-bandar di pesisir pantai Malaysia turut dijalankan oleh Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) selain beberapa langkah pencegahan melalui pelaksanaa­n projekproj­ekolehJPS,”menurutken­yataan itu lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia