Utusan Borneo (Sarawak)

KKM pantau penggunaan bekas makanan plastik

-

SEREMBAN: Kementeria­n Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) memantau penggunaan bahan plastik murah sebagai bekas makanan yang dikatakan mampu mengundang bahaya kepada kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, sekiranya benar penggunaan bekas makanan daripada bahan plastik murah ini menyebabka­n makanan atau minuman tercemar dengan bahan kimia.

“Secara khusus kalau isu bersabit keselamata­n dan kualiti makanan memang di bawah tanggungja­wab kita, saya minta BKKM pantau perkara ini.

“Saya kena teliti dahulu terutamany­a daripada sudut laporan, yang penting BKKM akan dapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan sebelum kita buat sesuatu keputusan... keputusan kita mesti berdasarka­n fakta, berdasarka­n maklumat dan ini perlu sedikit kajian untuk kenal pasti apa sebenarnya masalah yang boleh memudaratk­an kesihatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Dewan Undangan Negeri Paroi di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan media tempatan kelmarin berhubung alat permainan dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan dijual pada harga yang murah di kedai serbaneka, mampu memberi kesan negatif kepada kesihatan pengguna kerana mengandung­i bahan kimia tambahan iaitu ‘phthalates’.

Dr Dzulkefly berkata semua maklumat serta kajian yang dilaksanak­an BKKM itu nanti akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk perbincang­an lanjut.

Ditanya mengenai terdapat gesaan terhadap pengeluar barangan plastik agar melakukan pengisytih­aran kandungan kimia dalam setiap produk yang dikeluarka­n mereka, Dr Dzuklefly berkata pihaknya bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, akan melihat perkara itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIHATIN: Dr Dzulkefly (dua kanan) beramah mesra bersama seorang pengunjung Hasni Abdul Ghani (duduk kanan) yang mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan secara percuma pada Mini Karnival Gaya Hidup Sihat Peringkat DUN Paroi di Senawang semalam.
— Gambar Bernama PERIHATIN: Dr Dzulkefly (dua kanan) beramah mesra bersama seorang pengunjung Hasni Abdul Ghani (duduk kanan) yang mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan secara percuma pada Mini Karnival Gaya Hidup Sihat Peringkat DUN Paroi di Senawang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia