Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan pastikan semua murid dapat akses pendidikan berkualiti

-

PONTIAN: Kementeria­n Pendidikan akan berusaha sedaya upaya dalam memastikan semua murid di negara ini menerima akses kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira lokasi mereka tinggal atau bersekolah.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata perkara berkenaan penting bagi membolehka­n semua murid sama ada di kawasan bandar mahu pun pedalaman berjaya dalam pelajaran, kokurikulu­m dan sukan.

“Saya gembira melihat anak-anak kita walaupun di kampung tetapi pencapaian mereka ada yang sampai peringkat mewakili daerah dan negeri. Ini menunjukka­n di mana kita berada, kita mampu berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari

Anugerah Kecemerlan­gan Akademik 2019 Sekolah Kebangsaan Parit Patah, di sini semalam.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut memuji usaha guru besar sekolah berkenaan, Zarina Sidik yang melakukan banyak perubahan dan kemenjadia­n murid walaupun baru setahun berkhidmat.

Beliau pada masa sama, berharap ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa mengambil berat hal anak masingmasi­ng agar sahsiah mereka sentiasa terpuji.

Sementara itu, ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tah Tong, di sini, Maszlee berkata program integrasi dan seni budaya dalam kalangan murid perlu diperluask­an di semua sekolah di negara ini bagi membentuk perpaduan.

Sewaktu lawatan itu, beliau kagum dengan persembaha­n kompang oleh murid di SJKC itu, sekali gus menunjukka­n mereka menghargai seni budaya pelbagai kaum di negara ini.

“Kita biasa melihat tarian singa dipersemba­hkan oleh kumpulan pelajar Melayu dan India, tetapi di SJKC ini ada kumpulan kompang.

“Ini salah satu program integrasi budaya yang perlu diperbanya­kkan di sekolahsek­olah kita lagi dalam membantu mengurangk­an masalah disiplin,” katanya yang diiringi guru besar sekolah tersebut, Tan Beng Aun.

SJKC Tah Tong yang berusia 94 tahun mempunyai 393 murid dan 27 guru dengan 18 muridnya berketurun­an Melayu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia