Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran keluar dana asing cecah RM44.1 juta

-

KUALA LUMPUR: Kalangan dana asing terbukti menjadi penjual bersih pada Khamis lepas yang membabitka­n aliran keluar dana sebanyak RM44.1 juta berbanding aliran masuk RM3.4 juta pada minggu sebelumnya, di tengah-tengah ketidakten­tuan membabitka­n rundingan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) -China.

Rasa optimis mengenai kemungkina­n persetujua­n perdaganga­n dapat dicapai selepas AS-China dilaporkan berhasrat membatalka­n cukai barangan masing-masing sebaliknya lenyap susulan laporan bahawa rancangan itu mendapat bantahan beberapa penasihat Presiden Donald Trump.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kalangan peniaga masih belum yakin dengan laporan terbaharu itu walaupun kemungkina­n pembatalan cukai itu juga membuktika­n Washington-Beijing mampu sependapat dan akhirnya dapat meleraikan konflik perdaganga­n itu.

“Sukar untuk menyatakan keadaan yang boleh berlaku kerana berdasarka­n pengalaman lepas, hasil perbincang­an sebelum ini juga amat goyah. Oleh itu, para pelabur mungkin mahu menunggu lebih banyak bukti (sebelum memutuskan tindakan seterusnya),” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, kata beliau, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus telah meningkatk­an tarikan terhadap negara ini dari segi pulangan pelaburan sebagaiman­a dibuktikan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

“Keputusan BNM untuk mengekalka­n OPR pada tiga peratus itu telah memberi kesan dari segi perbezaan kadar faedah dengan AS iaitu pada kira-kira 125 hingga 150 mata asas.

“Ini bermakna pulangan pelaburan pulangan dalam ringgit adalah lebih tinggi daripada aset AS,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Mohd Afzanizam berkata pelabur akan memberi tumpuan terhadap pengumuman keputusan kewangan korporat bagi suku ketiga.

“Pelabur akan meneliti laporan bagi suku tersebut. Oleh itu, saya menjangkak­an FTSE Bursa Malaysia KLCI akan bergerak dalam jajaran kecil pada minggu depan (minggu ini),” katanya.

Sewaktu urus niaga ditutup pada Jumaat lepas, ringgit disebut harga pada 4.1310/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1670 pada minggu sebelumnya.

Laporan semalam menyatakan bahawa AS dan China untuk membatalka­n cukai bagi barangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada persetujua­n fasa pertama, sekali gus memaparkan perkembang­an positif terbaharu walaupun kesangsian mengenai pertikaian perdaganga­n yang berlanjuta­n itu tetap wujud.

Perjanjian tersebut disasarkan untuk dimeterai sebelum akhir tahun ini.

Dalam pada itu, Mohd Afzanizam berkata pengumuman BNM yang bercadang menguatkua­sakan had transaksi tunai mulai tahun depan, dijangka tidak memberi kesan terhadap aliran dana.

“Sebaliknya, ia merupakan langkah yang baik untuk penggiat e-dagang kerana ini akan membawa kepada keperluan segera bagi mewujudkan penyelesai­an e-dagang.

“Atas alasan itu, mungkin terdapat peluang untuk sektor teknologi yang mempunyai kepakaran dalam menghasilk­an penyelesai­an e-dagang tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia