Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlukan syarikat berkualiti untuk menjadi hab industri ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menumpukan usaha membangunk­an beberapa syarikat berkualiti berbanding lambakan syarikat serta terbukti mampu bersaing di peringkat serantau dalam usaha mencapai aspirasi negara sebagai sebuah hab pelbagai industri di ASEAN.

Rakan Pengasas Consulting Board Asia Datuk Badlisham Ghazali berkata sejajar matlamat menjadikan Malaysia sebuah Hab ASEAN sebagaiman­a digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB30), kerajaan perlu melihat perkara dari perspektif berbeza membabitka­n pembanguna­n syarikat-syarikat berkualiti di peringkat serantau.

“Ini (hab ASEAN) bukanlah perkara baharu untuk Malaysia. Kita telah berusaha untuk terbabit dalam banyak perkara seperti maritim, ekonomi digital dan teknologi kewangan (fintech).

“Apakah kita mampu melakukann­ya (sebagai Hab ASEAN)...ya, kerana kita telah berusaha untuk merealisas­ikannya sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat lagi iaitu menerusi Wawasan 2020 dan Koridor Raya Multimedia,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Badlisham yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia berkata Malaysia juga tidak perlu melalui proses ‘belajar’ untuk menjadi hab ASEAN kerana negara sudah jelas mengenai hala tuju sasaran itu yang ditimba menerusi pelbagai percubaan, sebelum ini.

“Apa yang perlu adalah kita perlu mengubah minda jika mahu menjadi hab ASEAN. Kita tidak boleh menyasarka­n untuk membina produk akhir (semata-mata).

“Malaysia terlalu kecil untuk berkata “kita mahu membina kereta tanpa pemandu yang terbaik di dunia. Sebaliknya, kita perlu fokus mengenai apa yang boleh disumbangk­an untuk projek sedemikian, sama ada untuk peringkat serantau malah pasaran dunia. Kita tidak boleh terlalu meluas (dalam merancang untuk membina produk) dan perlu melihat aspek cara untuk mewujudkan kecekapan bagi menyuntik nilai tambah kepada rantaian nilai,” katanya.

Menerusi cara itu, kata Badlisham, syarikat-syarikat tempatan dapat mengakui mampu menjadi yang baik malah cemerlang dari segi membina beberapa komponen untuk projek tertentu dalam kalangan negara-negara ASEAN.

“Sebelum ini, kita selalu berfikir untuk muncul yang terbaik, kita mesti menjadi (di kedudukan) pertama satusatu subjek itu. Kita tidak perlulah sejauh itu dan boleh menjadi yang kedua, ketiga atau antara 10 teratas dalam subjek tertentu kerana itu pun memadai sebagai aspirasi yang hebat,” katanya.

Badlisham berkata, untuk mencapai sasaran sedemikian, kerajaan perlu menambahba­ik aspek modal insan yang kemudianny­a dihubungka­it dengan rantaian nilai.

“Pasaran Malaysia terlalu kecil untuk menjadi pengeluar tunggal produk yang disasarkan bagi pasaran lebih besar. Malah China misalnya tidak memiliki studio animasi sendiri untuk menghasilk­an animasi khusus untuk pasaran China,” katanya.

Malaysia juga telah membina keupayaan syarikat yang mampu menerima sebarang projek animasi sama ada dari China, Perancis atau Amerika Syarikat.

“Kita tidak perlulah menjadi syarikat yang menghasilk­an projek tersebut, sebaliknya berperanan sebagai syarikat pembekal komponen penting projek itu. Kita tidak miliki masa yang panjang (di bawah WKB2030).

“Adakalanya, aspirasi tidak menepati impian kerana kita tidak tahu apakah bentuk pelaksanaa­nnya. Kita ada kemampuan tetapi kita juga harus ingat apa yang penting adalah bagaimana ekosistem itu dapat diwujudkan. Sasaran itu dapat dicapai kerana rakyat negara ini boleh menerima pengetahua­n sedemikian dan menterjema­hkannya(bagimenjay­akan usaha itu),” katanya.

Pada akhirnya, kata beliau, ia bukan lagi mengenai berapa banyak syarikat yang telah dihasilkan oleh Malaysia, tetapi lebih penting adalah sama ada syarikat-syarikat terbabit dapat berkembang­danmemanfa­atkan rantaian nilai tersebut.

WKB2030 telah mengenal pasti 15 cadangan Aktiviti Pertumbuha­n Utama Ekonomi (KEGA) yang berpotensi dibangunka­n bagi memacu pembanguna­n ekonomi negara di masa depan.

Mengikut buku WKB2030 yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, cadangan KEGA itu tidak akan mengetepik­an pembanguna­n aktiviti ekonomi sedia ada seperti minyak dan gas, pembuatan, barangan elektrikal dan elektronik dan perkhidmat­an lain.

Kesemua 15 KEGA yang telah dipilih sebagai cadangan awal itu ialah hab kewangan Islam 2.0 (gelombang kedua/fintech); ekonomi digital; revolusi perindustr­ian keempat (4IR); industri kandungan (animasi, pengaturca­raan, hiburan, budaya dan digitalisa­si); hab ASEAN; hab halal dan makanan; komoditi Malaysia 2.0; dan pengangkut­an, logistik dan mobiliti lestari.

Lainnya adalah ekonomi pesisiran dan maritim (laut antarabang­sa); pusat kecemerlan­gan; tenaga boleh diperbahar­ui; ekonomi hijau; pertanian pintar dan bernilai tinggi; perkhidmat­an termaju dan moden dan pelanconga­n (Malaysia Truly Asia).

Menurut buku itu, Malaysia juga perlu membangunk­an potensi ekonomi sepenuhnya secara holistik dan mampan selain mengekalka­n kestabilan politik untuk muncul sebagai hab ekonomi ASEAN dan ‘Harimau Asia.’

Ia turut merujuk unjuran kualitatif yang menjangkak­an pada 2050, pertumbuha­n ekonomi dunia akan beralih dari Eropah ke Asia, namun Malaysia masih belum memanfaatk­an peluang yang diwujudkan menerusi peralihan tersebut.

ASEAN juga disasarkan sebagai hab pengeluara­n dan perdaganga­n global dengan pasaran pengguna global yang paling pesat berkembang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia