Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus didagangka­n dalam sentimen berhatihat­i minggu ini, didorong oleh unjuran ekonomi bercampur-campur di pasaran domestik dan global selain ketidakpas­tian membabitka­n persetujua­n perdaganga­n Amerika Syarikat -China.

Penganalis­is Pasaran FXTM Han Tan berkata perkembang­an sekitar perbincang­an perdaganga­n AS-China akan terus menjadi pemacu utama sentimen pasaran berikutan tindakan pelabur global yang terus menunggu pemeteraia­n rasmi ‘fasa pertama’ perjanjian antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu.

“Walaupun sentimen optimis itu amat ketara di pasaran, namun pemeteraia­n secara rasmi itu pasti melonjakka­n peningkata­n mata wang Asia,” katanya.

Di peringkat tempatan, Tan berkatapen­gumumanKel­uaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga tidak lama lagi akan menjadi antara perkara yang menjadi tumpuan para pelabur.

“Sebarang kejutan positif melebihi paras 4.4 peratus yang dijangkaka­n pasaran akan dapat membantu prestasi positif ringgit.

“Naratif membabitka­n daya tahan ekonomi Malaysia dijangka akan diperkukuh­kan oleh pengumuman pengeluara­n industri Malaysia bagi September memandangk­an petunjuk ekonomi ini telah mencatatka­n pertumbuha­n tahunan untuk setiap bulan sejak Februari 2013,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit muncul mata wang kedua terbaik Asia dari segi prestasi, berbanding dolar AS iaitu di belakang yuan China manakala kadar dolar AS berbanding ringgit mencecah paras paling lemah sejak akhir Julai lepas.

“Mata wang tempatan itu mendapat sokongan daripada peningkata­n yuan ketika mata wang Asia lainnya menerima kesan sentimen terhadap risiko. Pada Selasa, Bank Negara Malaysia bertindak mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman pada 3.0 peratus yang terbukti menyokong ringgit untuk mengukuh berbanding dolar AS pada minggu ini (minggu lepas),” katanya.

Menurut Tan, selain kejutan negatif dalam angka eksport Malaysia pada September, ringgit dilihat masih mampu mengukuh berbanding dolar AS, sekali gus membuktika­n bahawa faktor luaran terus menjadi pengaruh utama prestasi unit tempatan itu.

Ringgit mengakhiri dagangan minggu lepas dengan lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.1310/1360 berbanding minggu sebelum ini pada 4.1640/1670.

Selain itu, ringgit turut mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lainnya pada Jumaat.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0377/0418 daripada 3.0649/0683danmen­gukuhberba­ndingyenke­pada3.7774/7830 daripada 3.8538/8569 pada minggu sebelumnya.

Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.5594/5666 daripada 4.6420/6470 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.2906/2986 daripada 5.3915/3963, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia