Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan di Australia dikhuatiri semakin teruk

-

NEW SOUTH WALES (NSW): Anggota bomba di timur Australia semalam menilai kerosakan akibat kebakaran hutan teruk yang telah memusnahka­n beberapa komuniti dan segera bersedia bagi keadaan yang teruk, malah lebih teruk dijangkaka­n akan berlaku dalam masa beberapa hari akan datang.

Kebakaran yang memusnahka­n itu telah mengorbank­an tiga orang dan membakar lebih 150 rumah sejak Jumaat, namun cuaca yang lebih lembap semalaman memberikan satu langkah bagi kelegaan sekejap bagi anggota bomba dan penduduk.

Lebih 100 kebakaran masih marak di sekitar New South Wales dan Queensland semalam, termasuk beberapa kebakaran yang masih berada di luar kawalan.

Lima orang dilaporkan hilang sekarang telah ditemui, namun sifat bencana yang luar dugaan bermakna pihak berkuasa tidak menolak bagi kebarangka­lian bahawa beberapa orang yang mungkin masih hilang, jurucakap Perkhidmat­an Bomba Luar Bandar NSW Greg Allan memberitah­u AFP.

Datuk bandar pekan kecil Glen Innes, di mana dua orang terkorban, menyatakan para penduduk trauma dan cuba menerima kerugian mereka.

“Api adalah setinggi sehingga 20 kaki dan marak dengan angin selaju 80 kilometer sejam.

“Keadaan benarbenar menakutkan bagi mereka yang menerima kesan akibatnya,” Carol Sparks memberitah­u badan penyiaran rasmi ABC.

DiOldBar,yangtersel­amat dari keadaan teruk apabila angin telah berubah arah, tanah semak seluas beberapa hektar hangus terbakar dan beberapa kawasan api kecil masih lagi marak.

Peter McKellar, 75, membersihk­an puing dari kawasannya manakala rumah jirannya musnah sepenuhnya.

Suhu yang tinggi, tahap kelembapan yang rendah dan angin kuat diramalkan sejak tengah minggu telah dijangka memarakkan lagi kebakaran di mana pihak berkuasa memberikan amaran mereka tidak akan mampu mengawal pada masa itu.

“Dalam keadaan ini, kebakaran akan merebak dengan pantas dan akan mengancam kediaman dan nyawa.

“Keadaan ini mungkin akan menjadi teruk, mungkin lebih lagi, berbanding yang dialami pada Jumaat lepas ketika ia melalui kawasan yang lebih luas termasuk pusat populasi yang besar seperti Sydney,” Perkhidmat­an Bomba Luar Bandar NSW menyatakan dalam satu kenyataan.

Di Queensland, lebih 1,200 anggota bomba telah berdepan dengan 51 kebakaran aktif di sekitar negeri semalam, dengan 39 pesawat dikerahkan bagi membantu buat pertama kalinya di negeri ini.

"Queensland­jarangbera­da dalam satu musim kebakaran seperti yang kita alami pada tahun ini dan tahun lepas,” Perdana Menteri Annastacia

Palaszczuk memberitah­u wartawan.

Dengan ribuan penduduk terpaksa meninggalk­an rumah, kerajaan menawarkan bayaran bantuan kecemasan segera sehingga Aus$1,000 ($685) kepada mereka yang terjejas.

Kebakaran hutan lazim berlaku di Australia namun negara telah mengalami permulaan yang dramatik untuk apa yang diramalkan para saintis musim kebakaran yang sukar, dengan perubahan iklim dan kitaran cuaca menyumbang kepadakomb­inasiberba­haya angin kuat, suhu tinggi dan keadaan kering. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia