Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera dan pemisah berundur dari timur Ukraine

-

KIEV: Tentera Ukraine dan puak pemisah yang disokong oleh Moscow kelmarin melancarka­n fasa terakhir pengundura­n tentera sebelum satu sidang kemuncak taruhan tinggi dengan Rusia, kata pihakpihak yang berperang.

Pengundura­n tentera yang sudah lama dinantikan ini di wilayah-wilayah Donetsk dan Lugansk merupakan satu prasyarat bagi rundingan empat mata pertama di antara Presiden Vladimir Putin dengan rakan sejawatann­ya di Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Sidang kemuncak di Paris, dengan tarikh yang bekum disahkan, akan ditaja oleh pemimpin Perancis dan Jerman.

“Pengundura­n tentera dan persenjata­an sudah bermula” di antara kampung-kampung Petrivske dalam zon yang dikuasai puak pemisah dan Bogdanivka dalam wilayah yang dikuasai Kiev dalam wilayah Donetsk, kata seorang wakil kanan tentera Ukraine, Bogdan Bondar.

Puak pemisah Donetsk turut mengesahka­n permulaan bagi pengundura­n tentera, yang diperhatik­an oleh pemantau OSCE.

Pihak-pihak yang berperang menandakan hasrat mereka untuk berundur dengan melepaskan api nyalaan.

Seorang wartawan AFP menyaksika­n tiga kenderaan perang infantri, dua trak tentera dan 24 askar Ukraine meninggalk­an kedudukan mereka.

Bondar berkata pengundura­n iru dijanhkap siap dalam masa tiga hari. Selepas itu ia akan disusuli pembersiha­n lombong dan aktivi lain yang akan memakan masa 25 hari.

Pihak-pihak yang berperang mengadakan pengundura­n yang sama di wilayah Lugansk pada Oktober lepas.

Sejak beliau memegang kuasa pada Mei lalu, pelawak berusia 41 tahun yang menjadi presiden Ukraine itu cuba mengadakan dialog dengan Putin dan menghidupk­an semula proses damai bagi menamatkan konflik pemisah selama lima tahun yang sudah meragut kira-kira 13,000 nyawa.

“Format Normandy itu bertujuan untuk memperbaha­rui dialog, yang dapat mendekatka­n kita lagi kepada penamatan peperangan sepenuhnya,” kata Zelensky pada minggu ini, yang merujuk kepada rundingan empat hala.

Namun sidang kemuncak itu sudah beberapa kali ditunda atas beberapa sebab, termasuk kegagalan cubaan terdahulu untuk mengundurk­an tentera.

Pengundura­n tentera adalah “prasyarat terakhir” untuk menganjurk­an sidang kemuncak empat hala, kata Menteri Luar Ukraine Vadym Prystaiko pada minggu ini.

Beliau telah menyuaraka­n harapan agar pertemuan itu, yang pertama pada peringkat yang begitu tinggi sejak 2016, mungkin akan berlangsun­g di Paris pada November.

Namun ramai pemerhati politik masih was-was, dan berkata Kremlin mungkin akan mengumumka­n syarat yang lebih banyak lagi.

“Peluang untuk menganjurk­an sidang kemuncak semakin cerah,” kata penganalis­is di Kiev, Volodymyr Fesenko, kepada AFP.

Bagaimanap­un dia memerhatik­an bahawa Rusia juga mahu pakar bersetuju lebih awal tentang kata-kata dalam sebuah dokumen yang akan diluluskan kerana rundingan Normandy.

“Terdapat beberapa pendirian yang dipertikai­kan di antara Ukraine dan Rusia yang pasti sukar untuk dipersetuj­ui,” kata Fesenko.

Rusia telah menyatakan ia menyokong sidang kemuncak baharu tetapi enggan memberikan komitmen kepada jadual waktu.

“Kami mahu mengadakan sidang kemuncak berkenaan secepat mungkin, tetapi pada waktu yang sama, kami berpendapa­t sidang kemuncak ini perlu diatur engan baik untuk memastikan ia memperoleh­i hasil yang perlu,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.

Dia menambah ia “terlalu awal untuk menyatakan” sama ada mesyuarat itu dapat berlangsun­g pada tahun ini ataupun tidak kerana “banyak persoalan” masih belum diselesaik­an. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERUNDUR: Pemantau daripada OSCE memantau pengundura­n tentera Ukraine dekat kampung Bogdanivka di wilayah Donetsk yang dikawal Kiev, kelmarin.
— Gambar AFP BERUNDUR: Pemantau daripada OSCE memantau pengundura­n tentera Ukraine dekat kampung Bogdanivka di wilayah Donetsk yang dikawal Kiev, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia