Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 20% bomba dibenarkan bercuti

Berkuat kuasa sehingga akhir Februari, tingkatkan kesiapsiag­aan musim tengkujuh

-

KUANTAN: Hanya 20 peratus daripada 14,400 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara dibenarkan bercuti sepanjang musim tengkujuh tahun ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.

Beliau berkata kebenaran bercuti itu juga bergantung kepada alasan munasabah dan akan berkuat kuasa sehingga akhir Februari depan, sebagai meningkatk­an kesiapsiag­aan jabatan semasa bencana banjir.

“Persiapan dan kekuatan kita dalam menghadapi banjir besar kerana kita sedar dalam perkara berkaitan bencana, bomba antara agensi terawal terlibat. Persediaan kita perlu dibuat secara maksimum kerana trend banjir pada masa

kini sudah tidak menentu dan sukar dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Kempen Kesedaran Keselamata­n Aktiviti

Di Air 2019 di Teluk Cempedak di sini semalam, yang dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad.

Beliau juga mengingatk­an ibu bapa untuk lebih mengawasi pergerakan anak khususnya pada musim tengkujuh yang dijangka berlaku dalam musim cuti sekolah, bagi mengurangk­an risiko berlaku kejadian tidak diingini seperti lemas.

“Sudah tidak sesuai musim banjir disifatkan sebagai pesta air seperti yang dibuat dahulu dan pandangan ini patut ditamatkan. Lebih baik kita mengambil jalan selamat seperti tidak mengambil mudah arahan awal bomba untuk berpindah, jika ada keperluan berbuat demikian,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Raja Kamarul Bahrin berkata statistik JBPM berkaitan kematian akibat lemas juga semakin menurun tahun ini iaitu 171 kes setakat September lepas, berbanding 186 kes untuk tempoh sama pada 2018 manakala bagi keseluruha­n tahun 2017 sebanyak 327 kes dilaporkan.

Sebagai usaha mengelak kejadian lemas, beliau berkata semua pemilik pusat rekreasi air dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memasang papan tanda amaran standard yang mudah difahami semua pengunjung bagi memaklumka­n risiko yang bakal dihadapi.

“Kebanyakan kes lemas adalah melibatkan pengunjung luar kerana orang tempatan selalunya sudah tahu bahaya kawasan itu. Kita juga berharap masyarakat dapat bersama-sama dalam menjaga papan tanda amaran ini supaya berkekalan,” katanya.

Raja Kamarul Bahrin berkata kementeria­n juga memasang Life Saving Appliances (LiSA) di semua 15 kawasan berisiko tinggi lemas di seluruh negara, yang berfungsi sebagai ejen penyelamat dan mempunyai siren bagi tujuan pemakluman kes lemas.

Bagaimanap­un, beliau berkata paling penting adalah kesedaran keselamata­n air yang perlu dimiliki setiap ibu bapa dan pendidikan berhubung perkara itu perlu diberikan kepada anak-anak mereka kerana kebanyakan kes lemas melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja.

“Kurang pengetahua­n tentang bahaya air menyebabka­n ada yang beranggapa­n kawasan itu selamat, sedangkan ada arus kuat di bawahnya. Mereka juga perlu diingatkan bahawa meskipun kita pandai berenang, tidak bererti kita tahu cara menyelamat­kan orang lemas yang mungkin mendatangk­an risiko pada diri sendiri,” katanya. — Bernama

Persiapan dan kekuatan kita dalam menghadapi banjir besar kerana kita sedar dalam perkara berkaitan bencana, bomba antara agensi terawal terlibat. Persediaan kita perlu dibuat secara maksimum kerana trend banjir pada masa kini sudah tidak menentu dan sukar dijangka.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK: Raja Kamarul (empat kiri) membaling pelampung keselamata­n kepada mangsa lemas sebagai gimik pelancaran ketika hadir merasmikan Pelancaran Kempen Keselamata­n Aktiviti di Air 2019 di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama GIMIK: Raja Kamarul (empat kiri) membaling pelampung keselamata­n kepada mangsa lemas sebagai gimik pelancaran ketika hadir merasmikan Pelancaran Kempen Keselamata­n Aktiviti di Air 2019 di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia