Utusan Borneo (Sarawak)

Basikal lajak, pendakwaan fail notis rayuan

-

JOHOR BAHRU: Pihak pendakwaan semalam menfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaska­n seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lalu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Amir Nasruddin berkata notis rayuan itu difailkan pihaknya selepas pihaknya mendapati dan percaya terdapat merit dalam menfailkan notis itu terhadap beberapa isu.

“Pendakwaan failkan notis rayuan terhadap keputusan majistret yang melepas dan membebaska­n tertuduh di akhir kes pendakwaan.

“Kita percaya terdapatny­a merit pada notis rayuan yang dibuat ini terutamany­a dalam beberapa isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkaranga­n mahkamah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Superinten­dan Mohd Yusop Mohd Ali.

Pihak pendakwara­ya memfailkan notis rayuan berkenaan di kaunter Mahkamah Sesyen/Majistret di sini kirakira jam 9.30 pagi.

Amir turut berkata antara isu dan merit berkaitan kesseperti soal identiti tertuduh, lokasi kejadian yang gelap dan tertuduh orang yang tidak biasa dengan laluan di lokasi terbabit.

“Majistret kata tentang identiti tertuduh itu tidak dibuktikan oleh pendakwaan, sedangkan tertuduh sendiri melalui peguam bela tidak pernah pertikai isu ini.

“Tentang dapatan menyatakan lokasi kejadian itu gelap, sedangkan kita sudah kemukakan bukti bahawa tempat itu pencahayaa­nnya adalah cukup,” katanya lagi.

Tambahnya, isu lain mengenai dapatan bahawa mana-mana orang yang tidak biasa dengan laluan dilaluinya dianggap tidak bersalah disifatkan sebagai bukan satu benda yang tepat.

Amir dalam pada itu, menafikan dakwaan bahawa notis rayuan dibuat atas desakan pihak keluarga mangsa atau pihak lain malah menyifatka­n ia proses biasa terhadap sesuatu keputusan mahkamah.

“Tiada desakan manamana pihak dan ini adalah proses biasa. Kita failkan notis rayuan terlebih dahulu, kemudian menunggu alasan penghakima­n daripada majistret.

“Selepas alasan penghakima­n dikeluarka­n, kita akan fail petisyen dan kemudian menunggu mahkamah untuk menetapkan tarikh bagi proses selanjutny­a,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia