Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen kesedaran keselamata­n aktiviti air tingkat kesedaran bahaya di kawasan berisiko

-

LANGKAWI:Kempenkese­daran keselamata­n aktiviti air akan bertindak sebagai platform pendidikan asas keselamata­n dan kesedaran mengenai bahaya aktiviti air di lokasi tumpuan ramai, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata bagi tujuan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti kawasan berisiko tinggi untuk diberi tumpuan bagi tujuan keselamata­n sepanjang cuti persekolah­an.

Katanya Majlis Keselamata­n Aktiviti Air (MKAA) juga telah melaksanak­an penilaian di kawasan berisiko tinggi bagi tujuan pemasangan papan tanda keselamata­n yang mematuhi piawaian antarabang­sa.

“Peralatan Menyelamat Nyawa (LiSA) akan ditempatka­n di kawasan yang sering berlaku tragedi dan kemalangan termasuk kawasan tumpuan pelancong. LiSA akan memudahkan pengunjung sekiranya berlaku kecemasan ada siren yang akan berbunyi seterusnya penyelamat akan datang menyelamat.

“Selain itu papan tanda amaran dengan menggunaka­n simbol-simbol ISO 20712 mengikut piawaian antarabang­sa supaya pengunjung lebih peka serta berhati-hati apabila beriadah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Aktiviti Air 2019 di Dataran Cenang di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah Tan Kok Yew, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mary Wong Lai Lin dan Pengarah JBPM Kedah Sayani Saidon.

Selain Pantai Cenang, majlis pelancaran serentak turut diadakan di dua lokasi lain iaitu Teluk Cempedak, Pahang dan Pantai Awam Desaru, Johor.

Kempen kesedaran keselamata­n aktiviti air menyasarka­n golongan kanakkanak, remaja dan belia, bagi menjayakan usaha tersebut taklimat akan dilaksanak­an di peringkat negeri dan daerah terutama beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CARA TEPAT: Seorang anggota bomba menunjukka­n kaedah yang tepat untuk melakukan penyelamat­an di air kepada murid-murid sekolah dari sekitar Langkawi dan para pengunjung semasa Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Aktiviti Air 2019 di Pantai Chenang, Langkawi semalam.
— Gambar Bernama CARA TEPAT: Seorang anggota bomba menunjukka­n kaedah yang tepat untuk melakukan penyelamat­an di air kepada murid-murid sekolah dari sekitar Langkawi dan para pengunjung semasa Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Aktiviti Air 2019 di Pantai Chenang, Langkawi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia