Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin pembangkan­g Kemboja bukan ditahan, cuma jalani pemeriksaa­n biasa

-

PONTIAN: Pemimpin parti pembangkan­g Kemboja Mu Sochua tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaliknya cuma melalui proses pemeriksaa­n biasa di lapangan terbang, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pemeriksaa­n itu mengikut standard operasi berikutan Kerajaan Malaysia telah menerima surat daripada kerajaan Kemboja untuk menghantar pulang tokoh-tokoh yang namanya tersenarai dalam surat itu.

“Sebenarnya semua (pemimpin parti pembangkan­g Kemboja) yang sampai di Malaysia bukan ditahan tetapi mereka melalui proses tertentu yang dipakai oleh pihak berkuasa kita di lapangan terbang, itu adalah SOP (prosedur operasi standard) yang lazim. Kemboja beri senarai nama tokoh-tokoh politik ini, sebab parti mereka telah diharamkan.

“Mereka (kerajaan Kemboja) minta kalau tokohtokoh ini sampai (negara kita), dihantar balik ke Kemboja,” katanya ketika ditemui Bernama selepas memberi ceramah kelompok sempena

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di sebuah rumah di Kampung Teluk Kerang, dekat sini malam kelmarin.

Wanita berusia 65 tahun, yang juga Naib Presiden Cambodia National Rescue Party (CNRP) yang diharamkan di negara itu, dilaporkan ditahan oleh Jabatan Imigresen bersama dua lagi warga Kemboja ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lepas.

Bagaimanap­un, Saifuddin berkata pihak berkuasa telah memberi kebenaran kepada pemimpin pembangkan­g Kemboja itu memasuki negara ini kerana kerajaan Malaysia membuat keputusan tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.

“Kita membuat keputusan tentang apa yang berlaku dalam negara dan di sempadan negara kita tanpa desakan mana-mana pihak. Jadi apabila kes-kes sebegini berlaku kita ada proses tertentu, itu yang berlaku di lapangan terbang, mereka semua dibenarkan masuk ke Malaysia dan mereka bebas bertemu dengan teman-teman mereka dan sebagainya.

“Kita ikut SOP dan tidak ikut apa yang dipohon oleh pihak Kemboja kerana kita buat keputusan nak hantar orang balik ke, nak benar orang masuk ke dan sebagainya itu mengikut pengiraan kita sendiri,” katanya.

Minggu lepas, Thailand tidak membenarka­n Sochua masuk ke negara itu apabila beliau tiba di lapangan terbang utama di Bangkok.

Beliau, kemudianny­a menaiki penerbanga­n ke Indonesia, sebelum Kerajaan Kemboja meminta wanita itu ditahan selepas mengadakan satu sidang media di sana.

Dilaporkan, pihak berkuasa Kemboja tahun ini menahan sekurang-kurangnya 48 aktivis pembangkan­g berikutan dakwaan mengenai cubaan mengguling­kan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Hun Sen.

Puluhan aktivis pembangkan­g yang meninggalk­an Kemboja kerana bimbang ditahan menyatakan kesediaan untuk pulang sebagai tanda sokongan terhadap pengasas CNRP Sam Rainsy, yang kini hidup dalam buangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia