Utusan Borneo (Sarawak)

Agenda bentuk rakyat bersatu masih samar

Minda warga berlainan kaum, agama kelihatan semakin cenderung mencari perbezaan: Sultan Nazrin

-

KUALA KANGSAR: Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaa­n selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Terkenal sebagai Raja yang lantang dan tegas membuat teguran jika ada yang tidak kena, Sultan Nazrin bertitah proses membina warga merdeka yang bersatu padu, memiliki satu identiti nasional tidak boleh ditangguhk­an kerana ia jaminan kepada kelangsung­an kedaulatan negara.

Baginda bertitah sejak merdeka, negara dirahmati dengan pelbagai kejayaan antaranya keamanan dan kemakmuran, hak memilih kerajaan terjamin, pembanguna­n prasarana pesat berlaku, peluang ekonomi terbentang luas serta rakyat bebas memiliki harta.

“Tidak berlaku bencana alam ke peringkat melumpuhka­n ekonomi negara, bekalan makanan mencukupi, program pendidikan pelbagai khidmat sosial disediakan, kebebasan beragama dijamin, rakyat masih bebas bersuara, media terus diterbitka­n, keselamata­n negara dan keselamata­n rakyat dilindungi oleh tentera serta polis.

“Dalam kesyukuran menyenarai­kan kejayaan, satu perkara yang tahap pencapaian­nya masih samar dan jika tidak segera ditangani berkemungk­inan menjadi kelam ialah agenda membentuk rakyat yang teguh bersatu kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat,” titah baginda pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganuger­ahan Darjah Kebesaran negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-63 baginda di Istana Iskandaria­h di sini, semalam. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Pada istiadat semalam, Sultan Nazrin berkenaan menganuger­ahkan Darjah Kebesaran Negeri Perak kepada 19 penerima, manakala istiadat sesi kedua melibatkan 234 penerima dijadualka­n pada 16 Nov ini, juga di Istana Iskandaria­h.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah slogan dan retorik atas nama kaum serta agama bernada ekstrem dan semakin bergema perlu dihentikan segera kerana ia ibarat bara yang jika tidak dibend

Cabaran dan ancaman paling dekat yang sangat kritikal boleh meruntuhka­n negara dengan pantas adalah ledakan lava kemarahan sesama rakyat berpunca daripada perselisih­an kaum perselisih­an

Shah” agama.

Sultan Nazrin

Sultan Perak

ung akan menyemarak­kan api permusuhan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara.

“Negara ketika ini memerlukan paradigma yang progresif yang membolehka­n rakyat berasa senang dan selesa, tidak memiliki prasangka dan curiga, sebaliknya berminda terbuka menghargai kepelbagai­an yang dikurniaka­n di bumi ini,” titah Sultan Perak.

Dalam titah yang sarat dengan pesanan serta teguran membina itu, Sultan Nazrin berpesan bahawa setiap negara pada setiap masa menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman berbentuk ekonomi, politik, sosial selain ancaman dari luar yang boleh menggugat kestabilan serta ketenteram­an.

“Cabaran dan ancaman paling dekat yang sangat kritikal boleh meruntuhka­n negara dengan pantas adalah ledakan lava kemarahan sesama rakyat berpunca daripada perselisih­an kaum perselisih­an agama,” pesan Sultan Nazrin.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah bahawa negara ketika ini amat memerlukan diplomat bagi menjalinka­n persaudara­an dengan berpandang­an jauh, matang, sabar, tenang dan rasional agar suhu panas dapat diturunkan dan negara dihindarka­n daripada bencana disebabkan perselisih­an kaum serta agama.

Berdasarka­nperkemban­gan semasa, Sultan Nazrin bertitah agar semua pihak mengingati kembali amaran bekas Menteri Dalam Negeri Tun

Dr Ismail Abdul Rahman pada tahun 1960 yang menyatakan bahawa cabaran komunalism­e yang boleh memecahbel­ahkan rakyat tidak boleh diperangi secara bersenjata atau diisolasi kerana ia tumbuh dalam diri setiap rakyat.

“Amaran Tun Dr Ismail amat perlu diperingat­kan kembali dalam suasana minda warga berlainan kaum, agama yang kelihatan semakin cenderung mencari perbezaan daripada mencari persamaan, lebih mirip melukis sempadan pemisahan daripada mencari titik pertemuan,” demikian pesanan Sultan Nazrin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAKYAR HARMONI: Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Balairong Seri Istana Iskandaria­h semalam.
— Gambar Bernama RAKYAR HARMONI: Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Balairong Seri Istana Iskandaria­h semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia