Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pakcik teng teng’ basikal tiga roda ‘legend’ di Ipoh

-

IPOH: ‘Pakcik mi’ atau ‘Pakcik teng teng’ bukanlah nama asing bagi penduduk Ipoh khususnya di bandar Meru, kerana warga emas itu bukan hanya menjual pelbagai jenis makanan berasaskan mi dan kuey teow, tetapi menggunaka­n basikal tiga roda.

Berkongsi mengenai nama jolokan itu, Mohd Noor Ya, 64, berkata ia diberi orang ramai khususnya pelanggan kerana beliau akan mengetuk pinggan menggunaka­n sudu bagi memberitah­u kehadirann­ya di sesuatu taman, semasa mula berniaga 33 tahun lepas.

Mohd Noor yang berasal dari Selama juga dianggap sebagai ‘legend’ kerana berniaga di sekitar Meru hanya dengan menggunaka­n basikal tiga roda yang dibelinya pada harga RM340 sekitar tahun 1980 di Pulau Pinang.

“Mula-mula berniaga di pekan Pulau Pinang menggunaka­n basikal ini dan ia masih lagi kukuh, kuat buatannya sehingga hari ini.

“Seumur hidup tidak pernah buat kerja lain, selepas habis sekolah bekerja menjual ikan. Tapi bila telah berkeluarg­a, perlu mencari rezeki lebih, jadi pakcik dan isteri tekad membeli rumah di Ipoh dan berniaga menjual mi dan kuetiau,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai perniagaan­nya, Mohd Noor yang mempunyai empat orang anak berkata idea menggunaka­n basikal roda tiga lahir daripada arwah bapa mentuanya di Pulau Pinang kerana ketika itu ramai di negeri Pulau Mutiara tersebut menggunaka­n kaedah sama.

Katanya selepas berhijrah ke Ipoh, beliau dan isteri, Azizah Mat, 63, memulakan perniagaan dengan menggunaka­n basikal tiga roda di beberapa taman sekitar Meru antaranya Taman Jati, Taman Meru 3C dan Taman Meru 3B.

“Isteri mengayuh basikalnya sendiri menemani saya menjual. Saya ketuk sahaja pinggan, maka ramailah keluar panggil pakcik mi atau abang mi, orang tempah dan saya masak, manakala isteri ambil pinggan pelangan untuk diisi dengan mi yang telah masak.

“Mi dan kuetiau yang saya jual cepat habis di satu taman sahaja. Jadi mereka yang tinggal di taman lain tidak dapat merasa. Sejak itu saya menjual di satu tempat tetap sahaja iaitu di tepi jalan di Taman Jati bagi memudahkan pelanggan, namun tetap dengan basikal tiga roda ini,” katanya.

Ditanya mengapa mi dan kuey teow menjadi pilihan, Mohd Noor berkata beliau hanya tahu memasak dua sajian itu, namun mengakui walaupun tiada ramuan istimewa tapi ia tetap menjadi pilihan ramai.

“Tiada ramuan atau resepi istimewa, tapi cili perlu goreng lama, air stok daging perlu masak dengan lama. Biasa-biasa sahaja masakan ini tapi Alhamdulil­lah masih ada pelanggan setia yang membeli,” katanya.

Mengenai harga jualan, Mohd Noor berkata sebungkus dijual pada harga RM5 selain turut menyediaka­n minuman percuma seperti teh tarik, air sirap atau air oren, namun pelanggan perlu membawa sendiri cawan.

“Sekarang isteri tidak lagi bantu saya berniaga cuma teman ke pasar untuk membeli barangan mentah antaranya mi, kuetiau dan daging yang mencecah sehingga RM400,” katanya sambil menambah kira-kira 100 bungkus dijual setiap hari.

Beliau berkata perniagaan­nya beroperasi setiap hari kecuali Selasa dan Jumaat dari jam 3 petang hingga 10 malam dengan dibantu seorang daripada anak lelakinya. — Bernama

SHAH ALAM: Kerajaan akan mempergiat­kan inisiatif menghijauk­an bandar sebagai usaha menyokong agenda pembanguna­n mampan bagi menangani masalah kemerosota­n kualiti alam sekitar di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu turut dibuat bagi mewujudkan persekitar­an bandar yang lebih berkualiti bagi kesejahter­aan masyarakat setempat.

“Kita mahu pembanguna­n sesebuah bandar itu dirancang dan dikawal supaya kesan daripada pembanguna­n tersebut tidak merosakkan alam sekitar.

“Inikeranaa­ktivitipem­bangunanit­umerupakan­penyumbang terbesar kepada kemerosota­n kualiti alam sekitar selain mendorong kepada pelepasan gas rumah hijau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) peringkat kebangsaan di Dataran Kemerdekaa­n Shah Alam di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ketua Pengarah PLANMalays­ia (Jabatan Perancanga­n Bandar dan Desa) Datuk TPr. Mohd Anuar Maidin.

Mengulas lanjut, Khalid menyeru semua pihak berkaitan termasuk Perancang Bandar, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), agensi kerajaan dan swasta, supaya memainkan peranan yang proaktif dalam membantu kerajaan memelihara keharmonia­n alam sekitar.

“Seperti penganjura­n program HPBS hari ini, kita juga secara tidak langsung menerapkan kesedaran untuk bersama-sama menghayati usaha memelihara alam sekitar bukan sahaja kepada agensi terlibat tetapi juga kepada masyarakat.

“Dengan kerjasama bersepadu daripada semua pihak, akan dapat merealisas­ikan bandar hijau sekali gus mampu mewujudkan persekitar­an hidup yang lebih kondusif dan seimbang,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri juga akan mengambil langkah proaktif dalam memberi kesedaran berhubung kepentinga­n memelihara alam sekitar termasuk di peringkat sekolah di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan Selangor juga akan mengawal aktiviti pembanguna­n bandar sebaiknya supaya rakyat negeri itu dapat menikmati alam sekitar yang bersih.

“Kerajaan negeri tidak juga lama lagi akan mewujudkan Jawatankua­sa Penyelaras­an Bandar Berdaya Huni di bawah Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri, Haniza Talha bagi menjayakan usaha ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REZEKI: ‘Pak Cik Mi’ atau ‘Pak Cik Teng Teng’ bukanlah nama asing bagi penduduk Ipoh khususnya di bandar Meru kerana warga emas itu bukan hanya menjual pelbagai jenis makanan berasaskan mi dan kuetiau tetapi menggunaka­n basikal tiga roda di Taman Jati semalam.
— Gambar Bernama REZEKI: ‘Pak Cik Mi’ atau ‘Pak Cik Teng Teng’ bukanlah nama asing bagi penduduk Ipoh khususnya di bandar Meru kerana warga emas itu bukan hanya menjual pelbagai jenis makanan berasaskan mi dan kuetiau tetapi menggunaka­n basikal tiga roda di Taman Jati semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia