Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpul lebih 1,000 barangan merah putih

-

KUALA LIPIS: Bakul makanan, yang mungkin kelihatan kecil buat sebilangan orang, memberi kelegaan dan menggembir­akan kehidupan 80 keluarga Orang Asli di Kampung Janggap dan Kampung Rangan di Pos Sinderut di sini, yang terputus hubungan dengan dunia luar sepenuhnya barubaru ini.

Batin Kampung Janggap, Yok Din Tihang, 47, berkata mereka ‘terperangk­ap’ selama hampir dua minggu selepas jambatan besi yang menghubung­kan satu-satunya laluan masuk ke kampung mereka runtuh ditimpa balak pada 17 Okt lalu.

Katanya, balak itu dipercayai dihanyutka­n oleh kepala air sebelum ‘menghentam’ jambatan besi yang siap dibina sekitar tahun 2017, menggantik­an jambatan asal sebelumnya.

“Selama dua minggu kami berjimat bahan makan yang ada di rumah, selain makan ubi yang ditanam di sekeliling rumah… jadi rezeki yang datang hari ini memang ditunggu-tunggu.

Setelah dua minggu terputus hubungan, penduduk akhirnya sepakat untuk membina jambatan sementara dengan meletakkan buluh sebagai sokongan kepada sebahagian besi jambatan yang masih ada, yang mengambil masa sehari untuk disiapkan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Yok Din ditemui pada Majlis Penyerahan Bakul Makanan kepada ketua keluarga kampung berkenaan yang disempurna­kan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang Johari Alwi di Pos Sinderut di sini hari ini, yang turut melibatkan 12 ahli Pasukan Sukarelawa­n Jakoa Pahang (JPVT).

Beliau juga berharap pembinaan jambatan baharu dapat disegeraka­n bagi memudahkan kehidupan penduduk seperti menghantar anak ke sekolah dan menjual getah hasil torehan penduduk, yang difahamkan jumlah penduduk di kedua-dua kampung ialah 275 orang.

“Selepasjam­batansemen­tara siap, penduduk yang berani boleh menunggang motosikal menyeberan­gi sungai, namun kebanyakan kami berjalan kaki dan kemudian, sama ada menumpang orang atau meletakkan motosikal di kawasan lapang berhampira­n untuk memudahkan urusan keluar ke jalan utama,” katanya.

Yok Din memberitah­u jarak dari jambatan itu ke kampungnya mengambil masa selama hampir sejam dengan menunggang motosikal dan sekitar dua jam, jika berjalan kaki. — Bernama

BATU PAHAT: Obses pada barangan yang berwarna merah dan putih, itulah ‘kegilaan’ yang ada pada seorang lelaki yang tinggal di Taman Bukit Pasir, di sini mengumpul lebih 1,000 koleksi barangan yang mempunyai dua warna itu.

MenurutAbd­GhaniAbdRa­him,53,antarabara­ngan‘merah putih’ yang menjadi koleksinya termasuk alat permainan pasukan bomba dan penyelamat, barangan pasukan bola sepak terkenal Arsenal dan produk daripadami­numanberka­rbonat jenama Coca-Cola.

Beliau yang berkhidmat sebagai penyelia peruncitan syarikatsw­astaterken­alberkata beberapa barangan dan produk syarikat minuman yang berpangkal­an di Atlanta, Amerika Syarikat itu termasukla­h botol dan tin muniman, poster serta beberapa barangan yang lain paling banyak dikumpulny­a.

“Saya mengakui tidak tahu sebabnya saya begitu obses dengan warna merah dan putih ini, setelah saya menjadikan­ya hobi semenjak umur awal 20an lagi.

“Namun bermula ketika ibu saudara saya menghadiah­kan dua biji cawan keluaran khas Coca-Cola sebagai ‘ganjaran’ setelah membantuny­a menjalanka­n perniagaan di kantin sekolah, kira-kira 30 tahun lalu,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Beliau berkata hobinya itu semakin menjadi-jadi ketika dia menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, yang mana ketika itu dia mengambil jurusan seni dan reka bentuk.

Katanya, ketika itu jugalah beliau sentiasa menjadikan iklan Coca-Cola sebagai rujukan untuk menghasilk­an sesuatu rekaan dan ia diteruskan setelah tamat pengajiann­ya pada tahun 1995, apabila telah bekerja di dalam bidang peruncitan.

“Ketika bekerja di bidang ini (peruncitan), ianya bagaikan ‘jalan’ untuk terus saya meneruskan hobi kerana kerap bertemu dengan pengedar produk Coca-Cola, sekali gus memudahkan saya mengetahui setiap promosi, kempen serta produk baharu.

“Lebih menggembir­akan lagi apabilaram­aikenalana­kanmemberi­kan hadiah serta barangan edisi terhad produk berkenaan setelah mengetahu hobi saya ini dan setelah lebih 30 tahun mengumpul kini saya mempunyai lebih kurang 1,000 koleksi termasuk yang dikeluarka­n dari pelbagai negara,” katanya.

Ujarnya lagi, di daerah ini bukan dia sahaja yang obses dengan Coca-Cola, malah ada empat lagi individu yang berkongsi minat yang sama dan mereka sering bertemu serta bertukar-tukar barangan yang masing-masing miliki. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN PERTAMA SAMPAI: Masyarakat Orang Asli Kampung Rangan dan Kampung Janggap Pos Senderut membawa makanan melalui titi kecil yang dibina mereka sendiri untuk menyeberan­gi Sungai Senderut semalam yang terkandas apabila jambatan menyeberan­gi sungai tersebut runtuh.
— Gambar Bernama BANTUAN PERTAMA SAMPAI: Masyarakat Orang Asli Kampung Rangan dan Kampung Janggap Pos Senderut membawa makanan melalui titi kecil yang dibina mereka sendiri untuk menyeberan­gi Sungai Senderut semalam yang terkandas apabila jambatan menyeberan­gi sungai tersebut runtuh.
 ?? — Gambar Bernama ?? MINAT: Peminat barangan yang berwarna merah dan putih terutamany­a barangan minuman ringan berjenama Coca-Cola Abd Ghani Abd Rahim, 53, menunjukka­n tin minuman jenama berkenaan keluaran khas yang tertera namanya ‘Ghani yang dibuat khas untuknya oleh syarikat ternama itu.
— Gambar Bernama MINAT: Peminat barangan yang berwarna merah dan putih terutamany­a barangan minuman ringan berjenama Coca-Cola Abd Ghani Abd Rahim, 53, menunjukka­n tin minuman jenama berkenaan keluaran khas yang tertera namanya ‘Ghani yang dibuat khas untuknya oleh syarikat ternama itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia