Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Perdana: Leicester, Chelsea pintas The Citizens

Spurs turun ke tempat ke-12 liga apabila diikat Sheffield 1-1 pada perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur Sabtu lepas

-

LONDON: Leicester naik ke tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala kemenangan 2-0 ke atas Arsenal kelmarin menggelapk­an lagi harapan pasukan The Gunners untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas.

Chelsea turut menang 2-0 ke atas Crystal Palace dan mereka juga memintas Manchester City untuk menduduki tempat ketiga.

Namun ia adalah satu lagi petang yang buruk bagi dua kelab besar utara London selepas Tottenham diikat 1-1 di stadium sendiri oleh Sheffield United untuk turun ke tempat ke-12.

Pendahulu liga Liverpool melayan kunjungan City dalam perlawanan yang amat dinanti-nantikan di antara juara Eropah dan juara England di Anfield semalam.

Leicester dan Chelsea mengambil kesempatan daripada perlawanan yang diadakan sehari lebih awal untuk naik satu mata di depan City dan lima mata di belakang Liverpool.

Kelebihan jumlah gol pasukan The Foxes meletakkan mereka di tempat kedua selepas jaringan pada babak kedua oleh Jamie Vardy dan James Maddison meningkat lagi tekanan ke atas pengurus Arsenal Unai Emery.

“Saya mungkin bermain paling baik setakat ini,” kata Vardy, salah seorang wira Leicester yang memenangi kejuaraan EPL yang menakjubka­n pada musim 2015/16.

“Terdapat banyak momentum di sekitar kelab dan semua orang seronok. Keseronoka­n itu mengiringi kemenangan.”

Arsenal kini ketinggala­n lapan mata di belakang kelompok empat teratas dan akan jatuh lebih jauh lagi di belakang jika City dapat mengelak kekalahan di Anfield.

“Kami sangat bercitacit­a tinggi dalam sasaran kami, tetapi kami tahu kami memerlukan masa dan kesabaran,” kata Emery, yang berdepan dengan penantian yang meresahkan untuk melihat sama ada hasratnya akan ditunaikan oleh lembaga Arsenal ataupun tidak menjelang cuti antarabang­sa selama dua minggu.

Chelsea juga turut mengagumka­n dengan persembaha­n yang sabar untuk melemahkan Crystal Palace yang bertahan dengan degil di Stamford Bridge.

Tammy Abraham membuka jaringan apabila penyerang England itu menyambar lorongan cantik daripada Willian tujuh minit selepas babak kedua bermula.

Christian Pulisic kemudian menjamin tiga mata penuh apabila pemain Amerika itu menanduk masuk gol kelimanya dalam tiga perlawanan terakhirny­a dalam EPL.

Tottenham bernasib baik dapat mengutip satu mata selepas Sheffield United sekali lagi bermain dengan mengagumka­n untuk naik ke tempat kelima.

“Realitinya ialah kerana pelbagai sebab, kami tidak menunjukka­n persembaha­n yang kami jangkakan,” kata pengurus Spurs Mauricio

Pochettino.

“Kami berada pada kedudukan yang tidak baik dalam carta liga.”

Satu kesilapan pertahanan yang amat jarang sekali daripada pasukan The Blades membolehka­n Son Heung-min untuk membuka jaringan dengan gol kelapannya pada musim ini sejurus sebelum minit ke-60.

David McGoldrick menyangka dia sudah menyamakan kedudukan hampir serta-merta, tetapi selepas penangguha­n selama tiga minit, jaringan itu dibatalkan kerana John Lundstram ofsaid beberapa milimeter sebelum itu.

Para pemain Chris Wilder tidak kecil hati dan terselamat daripada satu lagi semakan VAR apabila bola hantaran lintang George Baldock dari sebelah kanan mengelak semua orang dan menjumpai sudut bawah.

Masalah West Ham berterusan apabila para pemain Manuel Pellegrini tewas 3-0 di Burnley untuk melan

jutkan lagi siri tanpa kemenangan mereka kepada tujuh perlawanan.

Ashley Barnes membuka jaringan selepas 11 minit dan Burnley tidak menoleh ke belakang lagi.

Chris Wood menggandak­an kelebihah pasukan tuan rumah selepas terdahulu menyaksika­n jaringan merka ditolak oleh VAR kerana ofsaid dan hari buruk bagi pasukan pelawat di Turf Moor dirumuskan apabila penjaga gol Roberto menumbuk bola tendangan sudut ke dalam jaringnya sendiri.

Everton naik enam mata dari zon relegasi ekoran kemenangan 2-1 di Southampto­n untuk mengurangk­an tekanan ke atas Marco Silva.

Tom Davies memulakan perlawanan dengan sempurna bagi pasukan The Toffes di St Mary’s sebelum Danny Ings menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Namun Richarliso­n menyumbat gol kemenangan 15 minit sebelum tamat untuk menjamin kemenangan pertama Everton buat pertama kali dalam liga sejak Mac lalu.

Newcastle kini berada tujuh mata di atas zon turun selepas mereka bangkit setelah ketinggala­n untuk menewaskan Bournemout­h 2-1 di St James’ Park hasil jaringan DeAndre Yedlin dan Ciaran Clark. — AFP

Saya mungkin bermain paling baik setakat ini.

Jamie Vardy

Penyerang Leicester City

 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Vardy (kiri) merembat masuk gol pertama Leicester ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Arsenal di Stadium King Power, Leicester
kelmarin.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Vardy (kiri) merembat masuk gol pertama Leicester ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Arsenal di Stadium King Power, Leicester kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia