Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Barella letak Inter di puncak Serie A

-

MILAN: Nicolo Barella menjamin kemenangan 2-1 ke atas Verona untuk meletakkan Inter Milan di tempat teratas Serie A kelmarin manakala Napoli diejek oleh penyokong mereka sendiri setelah diikat tanpa jaringan di tempat sendiri oleh Genoa.

Barella, bekas pemain tengah Cagliari, menjaringk­an gol pertamanya untuk Inter dengan satu rembatan cantik tujuh minit sebelum tamat, untuk membolehka­n Inter memintas juara bertahan Juventus.

Inter duduk dua mata di depan Juve, yang menerima kunjungan AC Milan di tempat ke-13 di Turin semalam.

Namun naib juara Serie A Napoli menyaksika­n siri tanpa kemenangan mereka dalam liga dilanjutka­n kepada empat perlawanan, dan terpacak di tempat ketujuh, 12 mata di belakang Inter.

Penyokong Napoli berang dengan satu mata itu daripada perlawanan menentang musuh utara mereka yang menduduki tempat ke-17 dalam liga, beberapa hari selepas kemajuan pasukan itu pada peringkat 16 terakhir dalam Liga Juara-Juara tergendala dengan keputusan seri 1-1 dengan Salzburg.

Jurulatih Inter Antonio Conte juga berang selepas pasukannya mensia-siakan kelebihan dua gol untuk tewas 3-2 dalam Liga Juara-Juara di Borussia Dortmund pada pertengaha­n minggu lepas.

Namun bekas pengurus Juventus dan Chelsea itu gembira dengan cara pasukannya bertindak balas.

“Saya menyaksika­n respons yang penting selepas Dortmund,” kata Conte. “Para pemain melakukan sesuatu yang penting – 31 mata dalam 12 perlawanan adalah pungutan yang bagus.

“sekarang cuti antarabang­sa akan diadakan dan kami akan berehat selepas kemenangan yang memberi semangat kepada kami dan kesedaran bahawa kami berada pada laluan yang betul.”

Inter memulakan perlawanan dengan buruk sekali apabila Valerio Verre meletakkan Verona di depan menerusi tendangan penalti pada minit ke-19 selepas penjaga gol Inter Samir Handanovic menyangkut kaki Mattia Zaccagni.

Penjaga gol Marco Silvestri dan pertahanan Verona menangkis Inter di San Siro sebelum Matias Vecino melepas barisan pertahanan dan menanduk masuk bola hantaran lintang Valentino

Lazaro pada minit ke-65.

Barella melengkapk­an kebangkita­n pada hujung perlawanan, dan membuka jersi ketika dia meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.

Ia merupakan gol keduanya sejak dia menyertai Inter pada musim panas lalu setelah menjaringk­an gol penyamaan dalam keputusan seri 1-1 dengan Slavia Prague dalam Liga Juara-Juara.

“Kami mahu menang dengan apa jua cara, walaupun letih selepas beberapa perlawanan baru-baru ini,” kata Barella. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA:
Barella (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Verona di San Siro kelmarin.
— Gambar Reuters CERIA: Barella (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Verona di San Siro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia