Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Messi pastikan Barca kembali di tangga teratas La Liga Sepanyol

-

MADRID: Lionel Messi menjaringk­an hatrik bola mati yang menakjubka­n kelmarin untuk mengemudi Barcelona kepada kemenangan 4-1 ke atas Celta Vigo dan mengurangk­an tekanan ke atas jurulatihn­ya Ernesto Valverde.

Messi menjaringk­an gol dengan tendangan penalti dan kemudian dua tendangan percuma yang cantik sebelum dan selepas waktu rehat setelah Lucas Olaza menyamakan kedudukan seketika untuk Celta dengan tendangan percumanya sendiri di Camp Nou. Sergio Busquets meledakkan jaringan untuk memastikan kemenangan pada hujung perlawanan.

Hatrik ke-34 dalam La Liga meletakkan Messi dalam kedudukan yang sama dengan Cristiano Ronaldo, manakala kemenangan yang amat diperlukan meletakkan Barca di atas Real Madrid berdasarka­n kelebihan gol dan kembali menduduki tempat teratas pada hujung minggu yang mencabar.

“Ia adalah mustahil untuk tidak bergantung kepada Messi, dia menyinari segalanya,” kata Valverde. “Kami bergantung kepadanya seperti mana-mana pasukan akan bergantung kepadanya. Dia membongkar perlawanan.”

Madrid menduduki tempat pertama seketika selepas mereka meneruskan pesta gol mereka sendiri dengan membenam Eibar 4-0, perlawanan di mana Karim Benzema menjaringk­an dua gol dan Eden Hazard tibatiba meletup.

Namun sementara Madrid kelihatan seperti sudah menemui rentak, momentum Barcelona pula tergendala. Selepas kekalahan kepada Levantes dan gagal untuk melemahkan Slavia Prague dalam Liga Juara-Juara, Valverde dan masa depannya sebagai jurulatih Barcalona sekali lagi menjadi tumpuan.

Penyokong Barcelona yang tidak berpuas hati mencemuh pasukan mereka ketika menentang Slavia pada pertengaha­n minggu lepas dan apabila Olaza menyamakan keduduakn untuk Celta, ketegangan dan keresahan itu mengancam untuk kembali.

Sebaliknya Messi menguasai keadaan, dan hatriknya menjadikan jumlah jaringanny­a sebanyak sembilan dalam tujuh perlawanan, 612 pada keseluruha­nnya untuk kelabnya.

“Sudah tentulah apabila ia adalah sengit, kami ada kelebihan memiliki pemain terbaik di dunia dan pelaku tendangan percuma terbaik di dunia,” kata Busquets.

Namun ketepatann­ya dari tendangan percuma adalah satu kemahiran yang pemain berusia 32 tahun itu telah usahakan dan perbaiki sejak beberapa tahun lalu, dan kadar kejayaanny­a kini adalah empat gol daripada tujuh cubaan terakhirny­a dalam liga.

Kali terakhir seorang pemain menjaringk­an hatrik dari situasi bola mati dalam La Liga ialah apabila Messi sendiri mencatatka­n pencapaian yang sama pada 2012 ketika menentang Espanyol, tetapi dengan dua tendangan penalti dan satu tendangan percuma.

Barcelona juga ada berita baik dengan kepulangan Luis Suarez, yang dimasukkan sebagai pemain gantian setelah dia pulih daripada kecederaan betis. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENTUHAN HEBAT:
Messi (dua kiri) menyaksika­n bola rembatanny­a melepasi hadangan pemain Celta sebelum menerjah jaring untuk gol kedua Barca pada aksi di Nou Camp, Barcelona kelmarin.
— Gambar AFP SENTUHAN HEBAT: Messi (dua kiri) menyaksika­n bola rembatanny­a melepasi hadangan pemain Celta sebelum menerjah jaring untuk gol kedua Barca pada aksi di Nou Camp, Barcelona kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia