Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: Icardi ledak gol kemenangan PSG

-

PARIS: Mauro Icardi dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menjaringk­an gol kemenangan lewat apabila Paris Saint-Germain (PSG) melebarkan kelebihan mereka dalam Ligue 1 kepada sembilan mata walaupun mempamerka­n satu lagi persembaha­n yang tidak meyakinkan dalam kemenangan 2-1 di Brest kelmarin.

Juara bertahan Perancis itu, yang ditewaskan oleh kelab tercorot ketika itu Dijon pada minggu lepas sebelum mereka menang ke atas Cluba Brugge dalam Liga Juara-Juara, memerlukan gol kesembilan Icardi dalam lapan perlawanan untuk menjamin tiga mata penuh.

“Kami tidak dapat menjaringk­an empat gol setiap kali,” kata jurulatih PSG Thomas Tuchel.

“Saya sangat gembira. Ia adalah lima kemenangan dalam enam perlawanan. Saya tidak menjangka kami akan mempamerka­n permainan terbaik kami, tetapi kami perlu tenang dan berjuang.”

Brest, yang dinaikkan dari divisyen kedua pada musim lepas, menimbulka­n masalah untuk PSG sepanjang perlawanan dan menyamakan kedudukan 18 minit sebelum tamat menerusi Samuel Grandsir.

Angers di tempat kedua melepaskan peluang untuk mengurangk­an jurang kepada tujuh mata apabila mereka diikat tanpa jaringan di Reims.

Tuchel menyaksika­n senarai kecederaan panjangnya dilebarkan sebelum sepak mula apabila penjaga gol Keylor

Navas menarik diri daripada perlawanan setelah mengalami masalah paha ketika memanaskan badan.

Penjaga gol Costa Rica itu menyertai Neymar, Kylian Mbappe, dua pemain pertahanan Thomas Meunier dan Thilo Kehrer, dan pemain tengah Ander Herrera di tepi padang.

Edinson Cavani memulakan perlawanan buat pertama kali sejak Ogos lalu, tetapi menghadapi masalah di depan gol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia