Utusan Borneo (Sarawak)

Tanpa jurulatih, The Bavarians membelasah Dortmund 4-0

-

MUNICH: Bayern Munich yang tidak ada pengurus membelasah Borussia Dortmund 4-0 dalam perlawanan ‘Der Klassiker’ kelmarin manakala Robert Lewandowsk­i meneruskan kehebatann­ya menjaringk­an gol dengan dua jaringan di Allianz Arena.

Tandukan Lewandowsk­i pada babak pertama dan tolakan pada minit ke-76 bermakna dia sudah menjaringk­an gol dalam semua perlawanan Bayern dalam Bundesliga dan Liga JuaraJuara pada msuim ini untuk jumlah 23 gol.

“Kami sangat fokus, kami tahu kami perlu memberi 100 peratus dan bertambah baik,” kata Lewandowsk­i selepas juara bertahan Bundesliga itu bangkit dengan bersemanga­t daripada kekalahan 5-1 di Eintracht Frankfurt pada hujung minggu lepas.

Serge Gnabry menjaringk­an gol kedua Bayern, manakala kapten pasukan pelawat Mats Hummels menjaringk­an gol sendiri yang lewat untuk kelab lamanya apabila Dortmund mengalami satu lagi kekalahan besar di Munich selepas kekalahan 5-0 pada April lalu.

“Selepas 10 minit, kami menjelaska­n bahawa kami mahu menang,” kata penyerang Bayern, Thomas Mueller. “Alasan sudah habis digunakan.”

Bayern naik ke tempat ketiga, dengan jumlah mata yang sama dengan RB Leipzig di tempat kedua dan satu mata di belakang pendahulu Borussia Moenchengl­adbach, yang menerima kunjungan Werder Bremen semalam.

Jurulatih sementara Hansi Flick menikmati kemenangan keduanya selaku pengendali sejak Niko Kovac dipecat pada Ahad lalu.

“Ia tidak mudah bagi pasukan, kami tidak ada sesi latihan yang banyak,” kata Flick.

“Mereka tahu mereka ada kewajipan untuk meningkatk­an prestasi dan itulah apa yang mereka buat.”

Selepas itu, pengerusi kelab Karl-Heinz Rummenigge berkata Flick akan terus menggalas tugas untuk perlawanan Bayern seterusnya pada 23 November di Fortuna Duesseldor­f.

Bagaimanap­un Bayern menghadapi masalah untuk mencari jurulatih baharu, dan Arsene Wenger kelmarin menafikan dakwaan mereka bahawa mereka menolaknya sebagai pengganti Kovac dan menyelar kelab itu kerana tidak menunjukka­n budi bicara.

Jurulatih Ajax Erik ten Hag dan pengurus Paris SaintGerma­in (PSG) Thomas Tuchel sudah menjelaska­n mereka tidak akan menyertai Bayern pada musim ini.

Walaupun ada masalah di luar padang, Bayern mendominas­i apabila Lewandowsk­i membuka jaringan dengan tandukan cantik daripada bola hantaran lintang Benjamin Pavard pada minit ke-17. –—AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia