Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Juara-Juara AFC: Gol Carrillo berikan kelebihan buat Al Hilal

-

RIYADH: Andre Carillo menjaringk­an gol tunggal perlawanan apabila kelab gergasi Arab Saudi, Al Hilal, mencatatka­n kemenangan yang rancak ke atas kelab Jepun, Urawa Red Diamonds, dalam perlawanan akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara AFC kelmarin.

Carrillo dari Peru menanduk masuk bola hantaran Mohamed al-Burayk pada minit ke-60 dalam perlawanan sengit yang menyaksika­n pemain pertahanan kedua-dua pasukan mempamerka­n persembaha­n yang kental di depan penonton yang memenuhi Stadium Universiti Raja Saud.

Gergasi Saudi itu mengalami kemarau piala benua sejak 2000 apabila mereka memenangi kejohanan itu buat kali kedua, yang pertama pada 1991 ketika ia dipanggil Kejohanan Kelab Asia.

Mereka nyaris menjadi juara pada 2014 dan 2017 selepas mereka mara ke final, tetapi ditewaskan masing-masing oleh Western Sydney Wanderers dan Urawa.

Al Hilal menguasai permainan kebanyakan wakti dan nyaris menjaringk­an gol beberapa kali, terutamany­a pada babak pertama.

Daisuke Suzuki bertindak cemerlang untuk menyelamat­kan gawang daripada rembatan Sebastian Giovinco pada minit ke-14 dan Takuya Aoki bernasib baik kerana sempat mengeluark­an bola beberapa minit kemudian selepas penjaga gol Haruki Fukushima ditewaskan.

Pertahanan Urawa akhirnya berjaya dilepasi pada minit ke-60 apabila penjaga gol Fukushima leka dan gagal untuk menjangkak­an bola hantaran al-Burayk dari sebelah kanan seterusnya membolehka­n Carrillo untuk menanduk masuk bola dengan mudah dari jarak enam ela.

Pasukan tuan rumah kemudian mengetepik­an risiko yang menguasai bola tetapi Giovonco dua kali nyaris menjaringk­an gol dan pemain gantian Nawaf al-Abed tidak bernasib baik selepas dia hanya mampu mencecah tepi jaring dari jarak dekat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia