Utusan Borneo (Sarawak)

Ivory Coast kecewakan Nigeria 1-0 pada aksi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020

-

JOHANNESBU­RG: Silas Gnaka menyempurn­akan tendangan penalti apabila Ivory Coast mengejutka­n Nigeria 1-0 di Kaherah kelmarin dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di satu kejohanan kelayakan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kemudian Afrika Selatan yang lemah seri 0-0 dengan Zambia dalam perlawanan kedua yang rancak di Stadium Al Salam.

Gnaka menjaringk­an gol selepas Olisa Ndah melakukan kekasaran yang menyebabka­nnya dilayangka­n kad merah, memaksa Nigeria untuk bermain dalam masa 20 minit terakhir tanpa seorang pemain.

Nigeria bermain tanpa kapten Azubuike Okechukwu dan Taiwo Awoniyi selepas kelab mereka di Turki dan Jerman enggan melepaskan mereka menjelang jendela antarabang­sa 11-19 November.

Banyak kelab di Eropah bersetuju untuk melepaskan pemain bagi kejohanan itu, yang turut bertindak sebagai Piala Negara-Negara Bawah 23 Afrika, walaupun ia bermula dan akan berakhir di luar jendela tersebut.

Sementara itu Afrika Selatan dan Zambia mempamerka­n bola sepak yang lancara tetapi dikecewaka­n oleh penyudah yang buruk.

Afrika Selatan tiba di Mesir dengan hanya 12 pemain sahaja, dan kurang enam daripada skuad 21 pemain ketika mereka menentang Zambia kerana beberapa kelab domestik enggan melepaskan pemain.

Bekas legenda Afrika Selatan Neil Tovey berang dengan kelab-kelab terbabit, dan berkata: “Ia memalukan. Ia adalah adalah jahat sama sekali bahawa mereka tidak dapat bermain dengan pemain-pemain terbaik.”

Tovey, yang menjadi kapten pasukan tuan rumah Bafana Bafana (The Boys) untuk memenangi Piala Negara-Negara Afrika 1996, kini adalah pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia