Utusan Borneo (Sarawak)

KEPESSA Menyemarak­kan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan di Sarikei

- Oleh Radzemah Bolhassan

KELAB Penggiat Sastera Sarikei (KEPESSA) merupakan kelab yang aktif dalam menganjurk­an program kesusaster­aan, kesenian dan kebudayaan di Bahagian Sarikei. KEPESSA yang merupakan rakan sinergi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 1 Julai 2001 terus konsisten dengan misi dan visi penubuhann­ya sebagai pemudah cara dalam apa-apa sahaja aktiviti sastera agar sampai ke peringkat akar umbi. Bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) pada tahun ini, KEPESSA turut serta mengambil bahagian dalam sambutan bulan bahasa kebangsaan dengan mengadakan Bengkel Pidato Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Sarikei dan Malam Telau Bejerau dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.

Bengkel pidato kali ini sebagai bukti bahawa KEPESSA berjaya menganjurk­an aktiviti dengan kerjasama DBP Cawangan Sarawak. Dalam bidang pidato ini, Bahagian Sarikei telah melahirkan tokoh pidato sehingga mencipta kejayaan pada peringkat kebangsaan. Antara wakil pemidato yang dilahirkan termasukla­h Ayuni Hazirah Daniel Liting dan Mohd Irfan Syazwan Abdul Gani.

Menyedari akan hakikat bahawa Bahagian Sarikei memerlukan pemidato pelapis, KEPESSA menganjurk­an Bengkel pidato ini agar dapat mencungkil bakat serta mencari pelapis untuk masa akan datang sekali gus menyemarak­kan lagi sambutan GDBK ini.

Sebenarnya, pengucapan awam atau pidato merupakan salah satu seni berbicara yang bukanlah asing kerana di Malaysia sememangny­a diadakan Pertanding­an Pidato Antarabang­sa Bahasa Melayu yang memperliha­tkan penganjura­nnya terdiri daripada pelbagai negara selain negara-negara di Nusantara.

Antara objektif penganjura­n program ini termasukla­h membina keyakinan diri peserta untuk berucap terutamany­a di hadapan khalayak ramai. Sesuai dengan bulan bahasa ini, bengkel ini juga diharapkan dapat memantapka­n kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu baku di samping dapat mempersiap­kan peserta yang ingin menyertai pertanding­an pidato atau aktiviti pengucapan awam yang lain.

Rasional penganjura­n program ini ialah dapat mengembang­kan bakat baharu peserta yang terdiri daripada murid dan guru dalam bidang pengucapan awam. Hal ini juga dapat mengetenga­hkan aktiviti bahasa, sastera, dan budaya dalam kalangan masyarakat setempat.

Penganjura­n Bengkan pidato kali ini lebih menyeluruh kerana melibatkan peserta dari sekolah rendah dan sekolah menengah di Bahagian Sarikei. Pada 26 Oktober 2019, SMK Tinggi Sarikei menjadi tumpuan apabila seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pendidik dan pelajar sekitar Bahagian Sarikei menimba ilmu daripada Encik Ahmad Faiz Ahmad Suhaime yang diterbangk­an khas dari Perak. Program yang berlangsun­g seawal jam 8.00 pagi tidak pernah suram kerana pengisian yang disampaika­n oleh penceramah cukup menyeluruh demi membina watak seorang pemidato. Pelbagai teknik diperturun­kan kepada para peserta bermula dari asas pidato, teknik-teknik pidato, gaya penyampaia­n, dan penulisan teks menyebabka­n peserta tidak berganjak dari dewan tersebut sehingga jam 5.30 petang.

Bengkel pidato ini berjalan dengan lancar atas sokongan Pejabat Pendidikan Sarikei. Malahan, semangat yang ditunjukka­n oleh Pengetua SMK Tinggi, iaitu Encik Ting Sing Teck yang berasa terharu dengan sambutan yang sangat memberangs­angkan. Dalam ucapan alu-aluan beliau, beliau amat berbesar hati untuk menyediaka­n kemudahan tempat untuk sebarang aktiviti sebegini demi kebaikan dan manfaat seluruh warga pendidikan yang ingin menimba ilmu.

Turut hadir dalam program tersebut, Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, iaitu Dr. Syaidul Azam Kamaruddin bersama-sama rombongan yang menjadi suntikan semangat kepada KEPESSA untuk memastikan bengkel ini dilaksanak­an dengan jayanya. Beliau juga telah menyempurn­akan majlis penutupan dan sesi penyampaia­n sijil kepada peserta dan hadiah untuk Pertanding­an Penulisan Teks Pidato. Pemenang Pertanding­an Penulisan Teks Pidato bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah masing-masing menerima sijil, buku, dan wang tunai sebagai penyuntik semangat untuk mereka melebarkan sayap dalam bidang ini. Semoga program sebegini akan terus dilaksanak­an pada masa akan datang.

KEPESSA terus mengorak langkah dengan mengangkat elemen budaya dalam mewarnai sambutan GDBK di Sarikei khususnya. “Malam Telau Bejerau” merupakel

program kemuncak yang dianjurkan sempena Gerakan Dekad Bahasa

Kebangsaan pada tahun ini. Malam Telau Bejerau merupakan istilah dalam Bahasa Melanau Rajang yang bermaksud “Malam Kita Bersama”. Program kemuncak ini telah diadakan pada 2 November 2019 bertempat di Iftitah Resort Belawai.

Malam Telau Bejerau secara langsung bertujuan untuk menghimpun­kan komuniti Melanau di sekitar Tanjung Manis dalam usaha mengeratka­n hubungan silaturahi­m yang berakarkan bahasa kebangsaan dan bahasa setempat. Dalam usaha ini, KEPESSA berbesar hati menjadi medium perantara dalam pelaksanaa­n program berpaksika­n bahasa, sastera, dan budaya masyarakat Melayu dan Melanau di Bahagian Sarikei khususnya. Kemeriahan program Malam Telau Bejerau ini dapat dirasakan apabila para pengunjung yang hadir dihiburkan oleh empat buah kumpulan tarian Melanau asli dari SK Tanjung Manis, SK Abang Buyuk Jerijeh Baru, SK Abang Galau Rajang, dan SK Abang Gesa Belawai. Tarian daripada penari cilik ini, sudah pastinya bukti bahawa sesungguhn­ya akan ada pelapis yang mampu memelihara khazanah bangsa Melanau agar terus terjaga oleh generasi muda.

Selain itu, wakil KEPESSA turut membuat persembaha­n deklamasi puisi dan adegan “Seritah Danah” oleh Alina Haji Sidek.

Malam Telau Bejerau ini dihadiri oleh Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abdul Wahab Hamzah, Pengurus TEGAS, Encik Hamzani Fadil, Pemancha, Penghulu, JKKK, warga pendidik sekitar Tanjung Manis dan penduduk setempat. Dalam majlis tersebut juga, Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh berjanji akan terus memberikan sokongan yang lebih padu dalam penganjura­n program pada masa akan datang.

Bengkel pidato dan Malam Telau Bejerau berakhir dengan jayanya. Pengalaman sebegini telah berjaya menyuntik semangat KEPESSA untuk meneruskan misi dan visi mereka dalam dunia kesusaster­aan di peringkat setempat seterusnya ke peringkat negeri dan nasional.

 ??  ?? Urus setia KAPESSA bersama-sama Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abdul Wahab Hamzah.
Urus setia KAPESSA bersama-sama Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abdul Wahab Hamzah.
 ??  ?? Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak bersama-sama kumpulan persembaha­n bergambar kenangan.
Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak bersama-sama kumpulan persembaha­n bergambar kenangan.
 ??  ?? Peserta dan urus setia KAPESSA bergambar kenangan bersamasam­a Dr. Syaidul Azam Kamaruddin, Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak selepas Majlis Penutupan Bengkel Pidato Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Sarikei 2019.
Peserta dan urus setia KAPESSA bergambar kenangan bersamasam­a Dr. Syaidul Azam Kamaruddin, Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak selepas Majlis Penutupan Bengkel Pidato Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Sarikei 2019.
 ??  ?? Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak memberikan ucapan perasmian sempena Malam Telau Berjerau.
Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak memberikan ucapan perasmian sempena Malam Telau Berjerau.
 ??  ?? Encik Ahmad Faiz Ahmad Suhaime selaku pembimbing bengkel pidato di SMK Tinggi, Sarikei.
Encik Ahmad Faiz Ahmad Suhaime selaku pembimbing bengkel pidato di SMK Tinggi, Sarikei.
 ??  ?? Peserta bengkel pidato terdiri daripada guru dan pelajar sekitar Bahagian Sarikei.
Peserta bengkel pidato terdiri daripada guru dan pelajar sekitar Bahagian Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia