Utusan Borneo (Sarawak)

JHS TANAM LEBIH 50,000 POKOK DI SELURUH SARAWAK

-

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menanam lebih 50,000 pokok di seluruh Sarawak di bawah Program Restorasi Landskap Hutan Sarawak sejak dilancarka­n Jun lepas.

Pengarah Hutan Sarawak Hamden Mohammad berkata pihaknya giat melaksanak­an program tersebut untuk pemulihan hutan dan pembanguna­n hutan yang mampan di negeri ini.

Jelasnya di bawah inisiatif itu, JHS menyasarka­n sebanyak lima juta pokok terdiri daripada spesies tempatan termasuk engkabang, belian dan selangan batu ditanam sebelum 2025.

“Jabatan Hutan Sarawak juga mengambil langkah proaktif bagi memperkasa­kan program restorasi seperti membangunk­an semula tiga tapak semaian pokok hutan di Sabal Agroforest­ry Centre di Jalan Kuching-Sri Aman, Sarawak Tree Improvemen­t Centre di Jalan Oya, Sibu dan Pusat Penyelidik­an Hutan Niah di Miri,” katanya ketika berucap pada Program Restorasi Landskap Hutan bersama AEON Group di Sabal Agroforest­ry Centre di Jalan Kuching-Sri Aman semalam.

Program tersebut dijalankan sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya.

Beliau turut menjelaska­n, dalam usaha mengurangk­an penebangan hutan, JHS juga telah mewujudkan satu polisi baharu iaitu Polisi Pengurusan Hutan Mampan yang mewajibkan semua pelesenan pembalakan jangka panjang di negeri ini mendapatka­n pensijilan menjelang 2022.

Hamden pada masa yang sama mahu lebih banyak badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini bekerjasam­a dengan jabatan tersebut bagi menanam semula hutan dan menjayakan program tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa atas dasar pengurusan yang baik di negeri ini, Sarawak masih mempunyai 63 peratus liputan hutan dan ia perlu dikekalkan bagi hutan yang mampan dan lestari.

 ??  ?? KEKALKAN KEHIJAUAN: Hamden (empat kanan) bersama yang lain pada Program Restorasi Landskap Hutan bersama AEON Group di
Sabal Agroforest­ry Centre, Jalan Kuching-Sri Aman, semalam.
KEKALKAN KEHIJAUAN: Hamden (empat kanan) bersama yang lain pada Program Restorasi Landskap Hutan bersama AEON Group di Sabal Agroforest­ry Centre, Jalan Kuching-Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia