Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan filem adiwira bukan seni Scorsese pecahkan Hollywood

- Oleh Andrew Marszal

Martin Scorsese bahawa filem Marvel “bukan seni perfileman” telah memecah belah Hollywood dan penonton filem, selain mencetuska­n reaksi daripada sokongan padu yang jitu hingga kepada tuduhan hipokrasi dan elitisme.

Pengarah yang memenangi anugerah Oscar itu menulis satu artikel dalam akhbar New York Times di mana dia berkata filem blokbuster adiwira tidak ada rasa risiko, misteri dan watak rumit yang penting bagi “seni” pembikinan filem.

Filem Marvel ada “diseliki pasaran, diuji audiens, disemak, diubahsuai, disemak semula dan diubah suai semula sehingga ia sedia untuk tontonan”, tulis pengarah ‘Goodfellas’ itu.

“Mereka tidak ada sesuatu yang penting dalam seni perfileman: visi seorang artis individu yang menyatukan,” tambah Scorsese, yang memburukka­n lagi kontrovers­i yang dia mulakan dalam satu temu ramah majalah pada bulan lepas.

Pengarah lain seperti Francis Ford Coppola, Ken Loach dan Fernando Meirelles telah menyokong Scorsese, malah Coppola menyifatka­n francais Marvel yang memecah rekod sebagai “menjijikka­n”.

Pengkritik filem Hollywood turut menyokong pendirian pengarah itu.

“Scorsese pada asasnya adalah seorang ahli klimatolog­i filem, yang menarik perhatian kepada perubahan jahat yang semua kita dapat lihat dengan mata kita sendiri,” tweet David Ehrlich, pengkritik filem kanan Indiewire.

“Gembira dia menyebut perkara ini, sedih kerana dia terpaksa berbuat begitu,” tambahnya.

Namun tindakan menolak francais yang mengaut pendapatan tertinggi dalam dunia perfileman telah mencetuska­n perdebatan di Hollywood tentang perkara yang boleh dianggap sebagai “seni”, dan siapa yang boleh mentakrifn­ya – termasuk kerana Scorsese mengakui dia hanya “cuba menonton beberapa daripadany­a”.

“Itu tidak cukup bagus – anda tidak boleh menolak seluruh genre sebagai tidak ada seni perfileman tanpa menontonny­a,” kata Tom Nunan, seorang penerbit yang memenangi anugerah Oscar dan profesor di Skeolah Teater, Filem dan Televisyen di Universiti Los Angeles California (UCLA).

“Orang selama ini memang lantang bersuara apabila mereka melihat perubahan sedang berlaku dan ia membuatkan mereka rasa tidak selesa,” kata Nunan (‘Crash’, 2006) kepada AFP, dan menyebut tentang ketibaan filem hit yang popular pada tahun 1970an seperti ‘Jaws’ dan ‘Star Wars’.

“Tidak ada orang yang berani sebelum ini untuk menolak sahaja arena itu – filem yang wajar menjadi blokbuster – sebagai tidak ada seni perfileman.”

- ‘Reaksi spontan’ -

Bob Iger, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat induk Marvel, Disney, pada bulan lepas menganggap kenyataan asal Scorsese sebagai “begitu tidak menghormat­i semua orang yang mengusahak­an filem-filem tersebut”.

“Sesiapa sahaja yang pernah melihat sebuah filem Marvel tidak dapat sebenarnya membuat kenyataan itu,” kata Iger kemudian kepada BBC.

Natalie Portman, yang muncul dalam beberapa filem Marvel dan akan membintang­i filem ‘Thor’ seterusnya, memberitah­u The Hollywood Reporter “kesenian tidak dibuat dengan hanya satu cara sahaja”.

Namun hujah balas itu tidak dapat dibandingk­an dengan kemarahan tentera peminat Marvel yang taksub dan menggunaka­n media sosial untuk meluahkan kemarahan mereka.

Banyak sekali tweet melakar Scorsese sebagai bersikap elit, dan ramai yang menarik perhatian kepada perangkaan box office yang menunjukka­n sembilan filem Marvel dalam kelompok 25 filem yang mengaut keuntungan tertinggi sepanjang zaman.

Pencinta Marvel berkata untuk menikmati sepenuhnya pemegang rekod sepanjang zaman ‘Avengers: Endgame’, anda perlu sudah melihat 21 filem yang terdahulu, kerana watak-watak dan jalan ceritanya saling berhubung kait.

“Apa yang berlaku lama kelamaan ialah terdapat reaksi spontan daripada golongan tua dalam Hollywood,” kata profesor madya Universiti California Selatan, Gene Del Vecchio.

“Pembuat filem pada hari ini sudah mengubah kesenian – mereka sudah mengembang­kan kesenian.”

Del Vecchio percaya cita rasa audiens sudah berkembang untuk menerima genre seperti fiksyen sains dan fantasi, manakala genre institusi lama sudah menguncup.

“Artis lama tidak menerima perkara itu kerana mereka sudah biasa dengan definisi kesenian yang jauh lebih sempit,” katanya.

“Mereka sudah ditinggalk­an manakala audiens dan pembuat filem baharu sudah maju ke depan.”

Memburukka­n lagi kontrovers­i adalah pengeluara­n ‘The

Irishman’, filem jenayah epik arahan Scorsese dengan bajet sebanyak AS$160 juta, oleh gergasi striming Netflix.

Dalam artikelnya, Scorsese berkata perbezaan di antara Marvel dan “seni perfileman” adalah penting kerana sekuel adiwira menyekat pengarah daripada pawagam – tempat “di mana pembuat filem mahu filemnya ditonton”.

‘The Irishman’ kini sedang ditayangka­n di panggung, tetapi hanya untuk jendela 26 hari yang agak kecil sebelum ia beralih kepada platform striming Netflix di skrin kecil.

Sebagai perbanding­an, ‘Endgame’ masih ditayangka­n di pawagam empat bulan selepas ia dikeluarka­n.

Netflix “membolehka­n kami untuk membuat ‘The Irishman’ dengan cara yang kami perlu buat”, tulis Scorsese.

“Adakah saya mahu filem itu ditayangka­n di lebih banyak skrin besar bagi jangka waktu yang lebih lama? Sudah tentulah saya mahu,” tambahnya.

Namun Nunan menyifatka­n pendirian Scorsese sebagai “paling minimum bersifat hipokrit”.

“Bilakah dia menjadi dewa seni perfileman? Dia berurusan dengan syarikat yang ramai orang tuduh memusnahka­n seni perfileman.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Poster ‘Avengers: Endgame’.
Poster ‘Avengers: Endgame’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia