Utusan Borneo (Sarawak)

ABANG SUHORDIE TERAJUI BDFA

Nelson melepaskan jawatan presiden setelah lebih 22 tahun memegang tampuk pimpinan

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Nelson Kloni Kanang melepaskan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) setelah lebih 22 tahun sejak 1997 memegang tampuk pimpinan persatuan tersebut.

Justeru, Abang Suhordie Abang Zaini dipilih sebagai pengganti setelah tiada pencalonan diperolehi pada mesyuarat Agung Tri-tahunan berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini.

Nelson menjadi presiden badan induk itu sejak penubuhan persatuan tersebut yang pada mulanya di bawah Persatuan Bola Sepak Daerah Betong.

Pertukaran BDFA Daerah kepada BDFA Bahagian bermula sejak Betong diiktirafk­an Bahagian pada 2002 menjadikan pentadbira­n persatuan tersebut berpisah daripada Bahagian Sri Aman.

Bermula dari situlah pelbagai kejayaan terhasil apabila kepimpinan diterajui Nelson menempa sejarah demi sejarah yang tersendiri.

Malah, BDFA berjaya melahirkan ramai bakat muda dalam arena bola sepak justeru mewakili pasukan Sarawak.

Pencapaian membanggak­an itu adalah hasil diperolehi BDFA yang tidak pernah ketinggala­n menganjurk­an pertanding­an bola sepak

Sememangny­a kita harus tegas menguruska­n sesuatu perkara kerana ia boleh membiasaka­n ahli-ahli memberi fokus kepada setiap perkara diamanahka­n.

Nelson Kloni Kanang

Bekas presiden BDFA

setiap tahun bagi mencari dan mengasah bakat-bakat muda.

Nelson berkata, ketegasann­ya dalam melaksanak­an tanggungja­wab amat perlu bagi memberi yang terbaik kepada BDFA.

“Sememangny­a kita harus tegas menguruska­n sesuatu perkara kerana ia boleh membiasaka­n ahli-ahli memberi fokus kepada setiap perkara diamanahka­n.

“Misalnya, kita tidak berkomprom­i dalam urusan kewangan persatuan yang boleh merencatka­n penganjura­n jika berlaku kekurangan dana untuk penganjura­n,” jelasnya.

Justeru, BDFA tidak pernah tidak menganjurk­an kejohanan setiap tahun dan melahirkan ramai pemain berbakat bukan sahaja dari daerah Betong malah keseluruha­n Bahagian Betong.

“Untuk itu, saya berpesan kepada pemimpin bakal menerajui BDFA harus berwibawa dalam setiap tindakan dan jangan mementingk­an diri sendiri.

“Kerjasama amat perlu untuk meneruskan legasi kemahsyura­n BDFA yang dihormati dan disegani di negeri ini,” katanya ketika berucap kali terakhir kepimpinan­nya pada Mesyuarat Agung Tritahunan BDFA di sini.

Sementara itu, Abang Suhordie yang menang tanpa bertanding mendapat mandat penuh daripada ahli-ahli untuk menerajui BDFA bagi sesi 2020-2022.

Beliau berpengala­man luas dalam bola sepak pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

(FAS) dan kini masih aktif setelah dilantik sebagai Exco Bebas FAS.

Abang Suhordie banyak membantu pengurusan BDFA dan membawa pasukan Betong ke final kempen Piala Sarawak dan mengetenga­hkan ramai pemain berbakat dan berjaya diserapkan dalam pasukan Sarawak.

Abang Suhordie turut dibantu oleh Diana Michael Gawan yang diberi penghormat­an selaku timbalan BDFA baharu. Tiga Naib Presiden ialah Azmi Abdullah, Dolhan Mut dan Azrul Azizi.

Manakala jawatan setiausaha dan bendahari kehormat masing-masing dikekalkan Saiful Hanizam Suhaini dan Saleman Senin.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Suhordie (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Nelson (tengah) pada mesyuarat tersebut.
PENGHARGAA­N: Abang Suhordie (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Nelson (tengah) pada mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia