Utusan Borneo (Sarawak)

SOKONG GUNA BAHASA INGGERIS AJAR SAINS, MATEMATIK

Pastikan murid tidak ketinggala­n kuasai bahasa Inggeris, rapat jurang Bumiputera, bukan Bumiputera

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Ibu bapa digesa menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap inisiatif kerajaan negeri menggunaka­n bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk murid tahun satu di seluruh Sarawak bermula Januari 2020.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa'ee berkata inisiatif kerajaan negeri itu semata-mata memastikan murid tidak ketinggala­n menguasai bahasa Inggeris dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan antara murid Bumiputera dan bukan Bumiputera.

"Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak melangkah ke tahun satu tahun depan, tidak perlu risau dan takut dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaraan tersebut.

"Percayalah, kalau kita tidak menggunaka­n bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik, anak-anak kita akan jauh

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak melangkah ke tahun satu tahun depan, tidak perlu risau dan takut dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaraan tersebut.

Dr Annuar Rapa'ee

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

ketinggala­n kepada bangsabang­sa lain," katanya pada Majlis Konvokesye­n Sekolah Rendah DUN Nangka 2019 di Dewan Suarah Sibu semalam.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu berkata, kebanyakan graduan gagal iaitu 60 peratus tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian di universiti disebabkan penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik.

Menurutnya, masalah kewangan dan kelayakan bukan faktor utama mengapa beberapa universiti swasta di negeri ini kurang mendapat sambutan pelajar Bumiputera.

"Kalau kita perhatikan kemasukan pelajar Bumiputera ke Swinburne University,

Curtin University dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) adalah amat rendah.

"Bukan kewangan atau kelayakan tetapi disebabkan tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Maka, jurang ini melebar jika anak-anak kita tidak dapat menguasai bahasa Inggeris," jelasnya.

Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, walaupun tidak mendapat peruntukan kerajaan pusat melaksanak­an projek bahasa Inggeris untuk tahun satu tahun depan, kerajaan negeri tetap mengeluark­an dana sendiri.

"Ketua Menteri selepas berbincang dengan kita (Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi) menganggap projek ini begitu penting dan mengeluark­an dana sendiri bagi memastikan segala persiapan dari segi buku dan guru tersedia sebelum bermulanya sekolah tahun depan," katanya.

Sementara itu, seramai 712 murid tahun enam dari 10 sekolah di kawasan Nangka menerima sijil penghargaa­n.

Manakala seramai 10-murid ikon dari setiap sekolah turut menerima sebuah komputer riba setiap seorang daripada Pusat Khidmat Nangka.

Antara sekolah-sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali, SK Agama Sibu, SK Bandaran Sibu No.3, SK Batu 10, SK Batu 15, SK St Mary, SK Kampung Bahagia Jaya Sibu, SK Nanga Bon, SK Ulu Sungai Merah dan SK Pendidikan Khas Sibu.

Hadir sama Setiausaha Jawatankua­sa Pendidikan Nangka Mahmud Ahad dan Guru Besar SK Abang Ali Hamdi Najdi.

 ??  ??
 ??  ?? SEMOGA MAJU JAYA: Dr Annuar (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada seorang murid pada majlis itu semalam sambil disaksikan Mahmud (kiri), Hamdi (kanan) dan yang lain.
SEMOGA MAJU JAYA: Dr Annuar (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada seorang murid pada majlis itu semalam sambil disaksikan Mahmud (kiri), Hamdi (kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia