Utusan Borneo (Sarawak)

KWKPK ambil alih SeDidik

Pengambila­lihan bertujuan memperkasa­kan pendidikan dan pembanguna­n awal kanak-kanak di Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) akan mengambil alih SeDidik dalam usaha memperkasa­kan pendidikan dan pembanguna­n awal kanak-kanak di Sarawak.

Menterinya­DatoSriFat­imah Abdullah berkata demikian susulan daripada persetujua­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk KWKPK memulakan langkah pertama dalam usaha memulakan pengurusan pendidikan awal kanak-kanak di bawah kerajaan negeri.

“Dengan pengambila­lihan ini, adalah menjadi hasrat kita untuk menentukan hala tuju dan menetapkan dasar pembanguna­n kanak-kanak Sarawak sesuai dengan keperluan dan aspirasi kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n SeDidik Zon Kuching Ke-28 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Selaras dengan pengambila­lihan tersebut kata Fatimah, beberapa pembaharua­n dan pemantapan perkhidmat­an SeDidik akan dilaksanak­an.

“Antaranya ialah memperkasa­kan guru-guru Sedidik.

Bagi menyediaka­n guru-guru untuk memberikan asuhan, bimbingan dan didikan yang berkualiti, mereka akan terus diperkasak­an dengan ilmu serta kemahiran melalui kursus atau latihan jangka pendek atau jangka panjang.

“Untuk SeDidik, kita menyasarka­n semua guru mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanakmenje­langtahun 2021.

“Dan sejajar dengan ini, kita sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab

akan memastikan kebajikan guru dijaga,” ujarnya.

Menurutnya, Abang Johari bersetuju agar gaji pendidik SeDidik diberi mengikut kelayakan mereka bermula tahun depan.

“Semoga ini akan menjadi motivasi kepada semua warga SeDidik untuk terus berusaha ke arah kecemerlan­gan anakanak kita,” katanya.

Selain itu katanya, Kerajaan Sarawak turut memberi fokus kepada pembaikan dan naik taraf Tadika dan Taska SeDidik.

“Bagi memastikan premis selamat dan kondusif untuk ana kanak kita, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembaikan dan naik taraf Tadika dan Taska SeDidik dan kerja-kerja akan bermula pada tahun depan,” katanya.

Malah tambahnya, satu dasar yang telah ditetapkan untuk diguna pakai SeDidik ialah ‘Open Door Policy’ kepada semua kanak-kanak termasuk kanakkanak berkeperlu­an khas.

“Dalam menyediaka­n perkhidmat­an pendidikan kepada kanak-kanak ini, kita tidak mahu mengetepik­an kanak-kanak berkeperlu­an khas. “Justeru, SeDidik akan melaksanak­an Open Door Policy dan akan mengambil kanak-kanak berkeperlu­an khas untuk mengikuti pendidikan sama seperti kanakkanak lain,” ujarnya.

Fatimah dalam pada itu berkata,kementeria­nnyayangbe­rtanggungj­awabdalamp­embangunan kanak-kanak Sarawak merangkumi aspek asuhan, bimbingan dan keselamata­n, akan terus memperkasa dan memantapka­n pembanguna­n awal kanak-kanak Sarawak.

“Objektif kementeria­n ialah untuk memastikan pembanguna­n awal kanak-kanak yang holistik dan seimbang melalui akses, ekuiti dan kualiti,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir dan Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman.

Dengan pengambila­lihan ini, adalah menjadi hasrat kita untuk menentukan hala tuju dan menetapkan dasar pembanguna­n kanak-kanak Sarawak sesuai dengan keperluan dan aspirasi kita.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH:
Fatimah menyampaik­an sijl kepada salah seorang kanak-kanak SeDidik pada Majlis Konvokesye­n SeDidik Zon Kuching Ke-28 di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman (dua kanan).
TAHNIAH: Fatimah menyampaik­an sijl kepada salah seorang kanak-kanak SeDidik pada Majlis Konvokesye­n SeDidik Zon Kuching Ke-28 di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia