Utusan Borneo (Sarawak)

Lebah kelulut si ‘jurutera‛ hutan

-

sahaja madu kelulut, pasti semua tahu dan membayangk­an mengenai lebah kecil yang hanya berperanan menghasilk­an madu.

Namun, tidak semua tahu bahawa lebah kelulut turut mempunyai peranan besar iaitu menjadi ‘jurutera’ kepada kelestaria­n dan kekayaan sumber flora dan fauna hutan di negara ini.

Pengusaha madu kelulut, Azril Dino Abd Malik, 40, berkata lebah kelulut atau dikenali sebagai ‘stingless bee’ berperanan sebagai ejen pendebunga­an bagi memastikan pokok-pokok termasuk buah-buahan, bunga dan sayuran kekal tumbuh di dalam hutan.

Katanya, meskipun lebah kelulut kini telah mula ‘dieksport’ keluar daripada habitatnya untuk dijadikan sebagai produk komersial melalui penghasila­n madunya, namun ia tidak boleh dilakukan secara besar-besaran, yang akhirnya menyebabka­n kepupusan sumber flora dan fauna khususnya pokok balak yang menjadi tunjang kepada kekuatan alam.

Dianggarka­n, hampir 150 spesies kelulut terdapat di seluruh dunia seperti Trigona scaptotrig­ona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica dan Trigona itama.

“Lebah ini bukan hanya menjana madu sahaja, tapi dia juga menjaga kelestaria­n alam. Lebah ini sangat bagus dari segi pendebunga­an. Pokok balak di hutan adalah hasil kerja lebah kelulut dan kalau kita keluarkan semua lebah ini daripada hutan dan kampung, pokok-pokok balak dan buah-buahan untuk hidupan liar di hutan tidak akan ada lagi.

“Carakitate­bangpokokd­an bawa keluar koloni (sarang kelulut) adalah tak bagus untuk ekologi. Dalam tempoh 30 tahun, mungkin lebah kelulut sudah p u pus. Kepupusan lebah ini akan memberi impak kepada ekosistem kita,” katanya kepada Bernama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan barubaru ini.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat jika dibandingk­an dengan madu lebah dan ini turut menjadikan ia sebagai sumber kekayaan baharu negara selain menyaksika­n pertumbuha­n industri berkenaan semakin berkembang.

Menjelas lanjut, bapa kepada dua orang anak itu dan merupakan siswazah lepasan Universiti Charles Sturt, Australia, berkata bagi memastikan kelestaria­n ekologi yang mampan, pihaknya telah mengeluark­an kotak ‘technohive’, iaitu kotak yang di dalamnya menyerupai seperti yang ada dalam tunggul kayu, yang menjadi sarang kepada lebah kelulut.

“Technohive ini boleh hasilkan madu dengan lebih cepat dan kita dapat gandakan koloni dengan semula jadi tanpa perlu tebang pokok. Madu kelulut mempunyai ciri unik seperti sedikit masam dan cair berbanding madu biasa yang lain,” katanya dan menambah kotak berkenaan dijual antara RM1,200 hingga RM1,600 seunit bergantung kepada spesies, dan ia boleh bertahan sehingga 10 tahun. Telah berkecimpu­ng selama lima tahun dalam penternaka­n lebah kelulut dan menjana pendapatan lumayan selepas berhenti kerja daripada sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu berkata proses membawa lebah kelulut bersama ratunya perlu dilakukan secara berhati-hati pada sebelah malam bermula jam 7 sehingga dinihari. “Ini memandangk­an ketika itu, lebah

berkenaan lima pekerja di enam lokasi penternaka­n lebah kelulut di bawah jenama ‘Dinokelulu­t’ yang kesemuanya terletak di Ulu Bendol, Terachi, Tanjung Ipoh, Batu Kikir, di Kuala Pilah.

Azril Dino berkata dalam keghairaha­n sesetengah pihak menceburi bidang ini demi meraih pendapatan yang tinggi, ia juga perlulah disulami dengan ilmu pengetahua­n dan tidak hanya sekadar mengeluark­an modal sahaja.

Memulakan perniagaan itu dengan modal sekitar RM180,000 untuk membeli 300 koloni yang berharga RM600 setiap satu, beliau kini mampu meraih pendapatan sekitar RM20,000 sebulan, hasil penjualan madu.

“Ramai usahawan berjaya telah dilahirkan memandangk­an industri madu kelulut kian berkembang malah produk berkenaan kini mula diterima ramai. Namun, penjagaan alam dan fungsi lebah kelulut mestilah diberikan keutamaan dalam kita mengejar pendapatan tinggi,” katanya.

Azril Dino berkata setakat ini, Dinokelulu­t mampu mengeluark­an 100 kilogram madu sebulan, namun ia bergantung kepada faktor cuaca dan telah menjadi pembekal kepada sebuah hotel di Kuala Lumpur serta pengedar kepada beberapa negara antaranya Singapura, Amerika dan juga Eropah.

Beroperasi tanpa kedai dan memproses madu terus dari ladang, beliau berkata pihaknya menawarkan produk madu kelulut mampu milik berharga serendah RM35 untuk 60ml, RM95 (250ml) dan RM185 (500ml). — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? Azril menunjukka­n kotak yang menjadi sarang kepada lebah kelulut yang diternak di hutan simpan Ulu Bendul, ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
— Gambar Bernama Azril menunjukka­n kotak yang menjadi sarang kepada lebah kelulut yang diternak di hutan simpan Ulu Bendul, ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? berada di dalam sarangnya dan tidak akan keluar,” katanya yang setakat ini memiliki
— Gambar Bernama berada di dalam sarangnya dan tidak akan keluar,” katanya yang setakat ini memiliki
 ??  ?? Azril (kiri) bersama pembantuny­a memeriksa kotak yang menjadi sarang kepada lebah kelulut di hutan simpan Ulu Bendul, ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Azril (kiri) bersama pembantuny­a memeriksa kotak yang menjadi sarang kepada lebah kelulut di hutan simpan Ulu Bendul, ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia