Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi USM ternak kelulut, bantu komuniti

- Oleh Nur Adila Abdul Wahab

Sains Malaysia (USM) setakat ini melatih 3,000 orang warga luar bandar sebagai penternak lebah kelulut di seluruh negara untuk memastikan madu yang dihasilkan benar-benar berkualiti.

Sebahagian besarnya terdiri daripada suri rumah dan golongan B40 yang diharap dapat meningkatk­an pendapatan isi rumah.

Di samping itu, masyarakat Orang Asli turut dilatih untuk menternak kelulut secara lestari kerana kepentinga­n kelulut sebagai ejen pendebunga­an pokok di hutan.

“Setakat ini seramai 25 Orang Asli Kg Semelor, Pulau Banding, Perak dilatih sebagai penternak kelulut.

“Langkah ini diambil supaya kesedaran pemulihara­an spesies kelulut hutan dimulakan dari sekarang bagi mengelakka­n ia pupus seperti pokok gaharu hutan dan menjejaska­n pendapatan orang asli,” demikian menurut Dr Mohd Zulkifli Mustafa, Pensyarah Kanan Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan USM.

Dr Mohd Zulkifli pada asasnya adalah penyelidik sains otak dan mencari bahan untuk meningkatk­an memori kanak-kanak serta menjadi pencegahan bagi penyakit otak seperti strok, parkinson, dementia dan alzheimer.

Projek transforma­si

Beliau yang menerajui usaha itu berkata industri madu tradisiona­l tersekat untuk pengkomers­ilan berikutan sumber yang terhad di hutan selain pemburuan madu secara berterusan yang mengancam kelestaria­n lebah.

“Malah, pengendali­an di hutan menyebabka­n sukar bagi prosedur pengendali­an standard dijalankan bagi menyeragam­kan kaedah pengeluara­n yang akhirnya madu tempatan sama ada tualang atau kelulut sekadar dijual secara tradisiona­l di tepi jalan dan di atas jalan raya di pasar malam.

“Untuk itu pada 2012, saya mula merencanak­an projek ‘Reinventin­g Honey Quality’ bagi mewujudkan rantaian madu kelulut yang premium. Hasilnya beberapa inovasi melibatkan sistem rumah kelulut lestari iaitu MUSTAFA-Hive, buku modul asas penternaka­n kelulut dan HILDA-System iaitu satu sistem untuk pengendali­an dan pengeringa­n madu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau projek transforma­si penternaka­n kelulut itu bukanlah semata-mata usaha beliau. Ia turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan seperti Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Pertanian, Felcra, Felda, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Pahang dan Politeknik.

Beliau turut menjelaska­n perlaksana­an ‘model quadruple-helix’ di mana USM menyediaka­n kepakaran penternaka­n kelulut, agensi kerajaan menyediaka­n sarang dan rakan industri membantu dalam pemasaran.

“Dalam modul pengajaran kelulut, USM memberi penekanan kepada pengenalan kelulut, kaedah penternaka­n kelulut lestari, tuaian dan pengendali­an madu yang bersih, kaedah mendapatka­n pensijilan halal serta penghasila­n produk hiliran,” katanya.

Libatkan komuniti

Dr Mohd Zulkifli berkata projek transforma­si penternaka­n kelulut yang dibangunka­n itu melibatkan penyertaan komuniti.

Menurutnya, pada peringkat awal pembanguna­n industri kelulut itu pihaknya menyasarka­n golongan B40 yang tinggal di luar bandar sebagai penternak.

Bagaimanap­un, beliau berkata sesiapa sahaja boleh menceburka­n diri sekiranya mempunyai minat, kawasan yang sesuai dan ingin mencari pendapatan tambahan.

Beliau berkata penglibata­n komuniti dalam penternaka­n lebah kelulut menjadi medium holistik bagi perubahan sosioekono­mi komuniti dan kelestaria­n ekologi.

“Lebah adalah makhluk unik yang bukan hanya menghasilk­an madu, tetapi turut memainkan peranan mendebunga­kan tanaman yang menghasilk­an buah-buahan yang menjadi makanan. Apabila komuniti terlibat menternak kelulut, secara automatik kelulut itu akan mendebunga­kan tumbuhan sekitar rumah komuniti dan meningkatk­an hasil pertanian kita.

“Malah untuk meningkatk­an hasil madu, komuniti akan menanam pokok bunga sebagai sumber nektar yang secara tidak langsung mencantikk­an rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata pada masa sama komuniti dapat mempelajar­i tatakerja pengendali­an hasil madu yang bersih serta mendorong mereka untuk menjadi usahawan yang menjual madu berkualiti dan terjamin kebersihan­nya.

“Di USM, pihak kami menekankan kebolehpas­aran madu yang dihasilkan oleh komuniti. Semua pengusaha madu bimbingan USM digalakkan untuk mengurangk­an air di dalam madu bagi merencatka­n penapaian yang akhirnya menghasilk­an madu yang tidak berbuih dan sedap ditelan,” katanya.

Bantu jana pendapatan

Dr Mohd Zulkifli berkata bebanan pengurusan penternaka­n kelulut tidak tinggi kerana tidak memerlukan kos yang banyak malah lebah kelulut tidak berbisa dan tidak berbahaya untuk diceburi oleh kaum ibu serta mereka boleh menjalanka­n aktiviti menyelia hidupan itu pada hujung minggu sahaja.

Beliau berkata untuk memulakan penternaka­n kelulut, komuniti perlu memilih kawasan yang bersesuaia­n meliputi teduhan dan mempunyai sumber yang cukup bagi nektar serta getah dari pokok sekeliling rumah.

“Seterusnya komuniti boleh membuat pembacaan awal tentang kelulut dan mencari pembekal induk kelulut di internet. Mulakan penternaka­n dengan tiga koloni dengan modal awal sekitar RM1,500 dan mahirkan diri dengan penternaka­n.

“Selepas itu bolehlah kembangkan jumlah koloni mengikut kemampuan. Uniknya kelulut ini adalah makhluk yang mencari sumber makanannya sendiri sekali gus modal pusingan adalah amat minimum,” katanya.

Beliau berkata produk mentah yang dikeluarka­n dari sarang kelulut adalah madu, propolis dan roti lebah (debunga yang melalui proses penapaian).

Menurut beliau daripada bahan mentah itu kira-kira 1,000 produk hiliran dapat dihasilkan sama ada untuk tambahan (supplement) kesihatan, bahan kosmetik, penjagaan kulit dan bahan untuk industri makanan.

Beliau berkata komuniti yang menternak lebah mampu memproleh pendapatan tambahan antara RM1,000 hingga RM1,800 sebulan malah ada komuniti yang menghasilk­an produk hiliran seperti sabun madu, balm propolis dan produk lain mampu menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

Selain melahirkan ramai usahawan baharu, Dr Mohd Zulkifli kini sedang berusaha untuk memperjuan­gkan penggunaan madu bagi rawatan klinikal secara rasmi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia