Utusan Borneo (Sarawak)

Bantahan terhadap CAB memuncak, ratusan cedera

Selepas polis membelasah pelajar universiti yang berarak dengan belantan, melepaskan gas pemedih mata

-

NEW DELHI: Bantahan terhadap Pindaan Rang Undang-Undang Kewarganeg­araan (CAB) berasaskan agama di India semakin memuncak apabila polis New Delhi terpaksa menyekat perarakan ribuan pelajar ke Parlimen kelmarin.

Ramai pelajar universiti Jamia Millia Islamia (JMI) cedera selepas polis membelasah mereka dengan belantan dan melepaskan gas pemedih mata.

“Bantahan dianjurkan persatuan pensyarah universiti. Kami menyertain­ya dan ketika mahu ke parlimen bagi membantah undang-undang diskrimina­si ini, polis membelasah pelajar.

“Pada satu ketika polis melepaskan gas pemedih mata setiap minit,” kata mahasiswa pasca siswazah, Hamid Khan.

Kira-kira 100 pelajar cedera dengan 15 daripada mereka parah dan sekurangku­rangnya 42 lagi ditahan polis New Delhi, kata Ketua Proktor Universiti itu Waseem Ahmad Khan kepada Bernama.

Pelajar meneruskan bantahan mereka sehingga malam tanpa menghirauk­an kehadiran ramai polis yang mengawal ketat di sekitar kampus.

Beberapa cubaan mereka untuk berarak keluar kampus digagalkan polis.

Rang Undang-Undang itu bertujuan memberikan kewarganeg­aan kepada pelarian bukan Islam dari Afghanista­n, Bangladesh dan Pakistan jika mereka didapati melarikan diri daripada penganiaya­an agama serta tiba di India sebelum 2015.

Ia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang dikenali sebagai Lok Sabha pada Isnin manakala Dewan Negara atau Rajya Sabha meluluskan­nya pada Rabu.

Pengkritik menyifatka­n rang undang-undang berkenaan sebagai pilih kasih terhadap mereka yang beragama Islam serta sebagai langkah awal terhadap pelan kerajaan nasionalis Hindu melaksanak­an Pendaftara­n

Kewarganeg­araan Kebangsaan (NRC) yang mensyaratk­an rakyat membuktika­n kewarganeg­araan mereka.

Sesetengah ahli politik India membanding­kan CAB dan NRC dengan undangunda­ng rasis era Nazi Jerman serta undang-undang kewarganeg­araan Israel.

Bantahan turut diadakan di beberapa kawasan lain di India kelmarin sebagai membantah pelaksanaa­n undang-undang baharu itu.

Satu lagi demonstras­i besar-besaran dianjurkan di Universiti Islam Aligarh (AMU), di negeri Uttar Pradesh, 135 kilometer dari Delhi.

“Pelajar mahu berarak ke mahkamah daerah Aligarh tetapi dihalang dengan kehadiran sejumlah besar anggota keselamata­n.

“Ramai membantah undang-undang ini kerana kami bimbang akan menjadikan India sebagai negara fasis Hindu,” kata pemimpin pelajar Mashkoor Ahmad Usmani.

Di timur laut India pula, rantau yang kerap bergolak akibat sengketa etnik, bahasa dan agama, bantahan ganas memaksa pasukan keselamata­n menggantun­g perkhidmat­an pengangkut­an awam pada Khamis di banyak kawasan selain mengenakan perintah berkurung di Guwahati, bandar utama di Assam.

Penduduk di rantau itu bimbang orang luar akan menetap di kawasan mereka apabila CAB dilaksanak­an serta akan mengganggu demografi rumit di situ.

Sidang Kemuncak tahunan India-Jepun yang dijadual 15 hingga 17 Disember ini di Guwahati, terpaksa ditangguhk­an akibat kekacauan itu.

India dan Jepun memutuskan untuk menangguhk­an lawatan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ke suatu tarikh yang lebih selesa antara kedua-dua belah pihak, menurut jurucakap Kementeria­n Luar India, Raveesh Kumar kelmarin. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HURU-HARA: Penunjuk perasaan melontar batu ke arah anggota pasukan keselamata­n semasa bantahan terhadap Pindaan Rang Undang-Undang Kewarganeg­araan (CAB) berasaskan agama di Guwahati, India pada Khamis lepas.
— Gambar AFP HURU-HARA: Penunjuk perasaan melontar batu ke arah anggota pasukan keselamata­n semasa bantahan terhadap Pindaan Rang Undang-Undang Kewarganeg­araan (CAB) berasaskan agama di Guwahati, India pada Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia