Utusan Borneo (Sarawak)

10 PINTU RUMAH JULAU MULI DI PASAI SIONG RANAP TERBAKAR

-

SIBU: Sebuah rumah panjang hampir ranap keseluruha­nnya selepas api memusnahka­n 10 daripada 12 pintu Rumah Julau Muli di Jalan Pasai Siong, dekat sini pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, panggilan kecemasan pada jam 10.52 pagi dan sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n operasi pemadaman.

Difahamkan, rumah panjang itu didiami lebih daripada 100 penghuni.

Kebakaran dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati api telah memusnahka­n 10 bilik rumah panjang dan hanya dapat menyelamat dan menghalang api daripada merebak ke seluruh rumah panjang 12 pintu itu,” katanya

Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran tersebut belum dapat dipastikan.

Bagaimanap­un, api dipercayai bermula dari dapur salah sebuah bilik rumah panjang yang terlupa ditutup selepas memasak.

Di SERIAN, sebuah rumah dua tingkat di Kampung Paon Gahat dilaporkan terbakar semalam.

Jurucakap JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.37 petang.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran telah memusnahka­n 70 peratus struktur rumah jenis separuh kekal dan dipercayai api bermula dari tingkat atas.

“Pasukan bomba terus memulakan pemadaman dan berjaya menghalang api dari merebak ke bahagian dapur rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi memadamkan kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 3.45 petang.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya. Difahamkan, rumah tersebut didiami sebuah keluarga terdiri daripada tujuh orang termasuk dua wanita.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.

 ??  ?? RANAP: Keadaan Rumah Julau Muli di Jalan Pasai Siong yang terbakar, semalam.
RANAP: Keadaan Rumah Julau Muli di Jalan Pasai Siong yang terbakar, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? BAHAN BUKTI: Keratan tiub straw masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dirampas polis.
BAHAN BUKTI: Keratan tiub straw masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia