Utusan Borneo (Sarawak)

GPS akan sentiasa bantu rakyat

Pelbagai inisiatif diperkenal untuk kesejahter­aan rakyat: Fatimah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak putus-putus berusaha untuk membantu rakyat negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti dan Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, mulai 1 Januari 2020 nanti, antara dua perkara yang telah diluluskan kabinet adalah kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) dan juga bantuan bagi pesakit dialisis.

“KGC untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas manakala bantuan pesakit dialisis untuk setiap peringkat umur, semuanya untuk kemudahan rakyat negeri ini,” katanya ketika Majlis Sambutan Pra-Krismas Kampung Medong Hulu, Dalat dekat sini, petang semalam.

Tidak lupa juga dengan Endowment Fund kepada setiap kelahiran bayi warga Sarawak dan juga bantuan ibu setelah bersalin yang turut diteruskan.

Bantuan serta kemudahan tersebut semuanya bagi membantu meringanka­n sedikit bebanan terutamany­a kepada golongan B40 dan berkaitan.

Borang-borang untuk perkara tersebut katanya,

KGC untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas manakala bantuan pesakit dialisis untuk setiap peringkat umur, semuanya untuk kemudahan rakyat negeri ini.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti dan Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

boleh didapati di 31 Pwjabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdapat di seluruh

negeri.

Sementara itu bagi kawasan Dalat, banyak projek yang masih dalam peringkat pembinaan sepeeti Galeri Warisan Oya, Galeri Rumbia dan tidak lupa juga program Perbadanan Pembagunan Perumahan (HDC).

Turur hadir Pengerusi Penganjur Majlis Sambutab Pra Krismas Busri Tepong.

Dalam majlis sama, Fatimah turut menyerahka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada tujuh penerima.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimsh (tiga kanan) ketika menyerahka­n cek kepada salah seorang penerima.
TERIMALAH: Fatimsh (tiga kanan) ketika menyerahka­n cek kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia