Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak harus rebut peluang miliki ekuiti dalam Petronas: Chong

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak harus merebut peluang keemasan untuk memiliki ekuiti dalam syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang memberitah­u, cadangan untuk menjual kepentinga­n Petronas kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas satu cadang baik yang tidak seharusnya dilepaskan.

“Untuk kerajaan Sarawak dan Sabah memiliki sebahagian ekuiti dalam PETRONAS, ini adalah satu cadangan yang baik kerana Petronas mempunyai hasil bukan hanya datang dari Sabah dan Sarawak sahaja tetapi dari operasi seluruh dunia.

“Malah, jumlah yang akan diperolehi oleh kedua-dua negeri sekiranya ada 20 peratus atau lebih dalam pegangan Petronas, ia memang akan menjaminka­n kita dengan pendapatan yang amat lumayan pada masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Jerayawara Kepengguna­an dan Pesta Semeba di sini malam kelmarin.

Tegas Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, kerajaan negeri tidak harus menolak cadangan itu kerana ia memberi sumber pendapatan kepada Sarawak dalam jangka masa panjang.

“Jika lihat secara keseluruha­n kerajaan Sabah dan Sarawak harus mengambil pegangan saham dalam Petronas kerana saya fikir ia adalah cadangan yang baik.

“Ia adalah peluang keemasan jadi rebutlah peluang ini dan kerajaan Sarawak tidak harus menolak cadangan ini,” katanya.

Jelas Pengerusi DAP Sarawak itu, Petronas juga mempunyai rekod yang baik dan mencatatka­n keuntungan.

“Kita berpeluang untuk memiliki pegangan dalam syarikat yang terbaik ini dan semua ini akan memberi sumber pendapatan jangka panjang kepada negeri,” ujarnya.

Justeru, Chong berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak menolak cadangan tersebut seperti mana beliau menolak tawaran PH Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu berhubung 20 peratus royalti dan pemberian semula 50 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir

Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan menimbang untuk menjual kepentinga­n Petronas kepada negeri-negeridi mana terletakny­a lapangan minyak dan gas syarikat minyak itu, dalam usaha mengumpul dana untuk membayar hutang.

Katanya, langkah sedemikian akan memberi peluang kepada negeri seperti Sarawak dan Sabah untuk terbabit sama dalam pengurusan Petronas, iaitu syarikat pengekspor­t cecair gas asli ketiga terbesar di dunia.

Terdahulu, Chong dalam ucapannya mengingatk­an rakyat di negeri ini mempertaha­nkan semangat perpaduan yang ada bagi mengekalka­n keharmonia­n masyarakat berbilang kaum dan agama di sini.

Tegasnya, amalan politik perkauman perlu dielakkan agar tidak mencetus perbalahan antara rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia