Utusan Borneo (Sarawak)

Chong ikrar terus promosi inisiatif agensi persekutua­n

-

KUCHING: Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berikrar untuk meneruskan lebih banyak acara bagi mempromosi­kan program dan inisiatif agensi persekutua­n yang masih belum pernah didengari sebilangan rakyat Sarawak.

Menurutnya, ramai penduduk terutama dalam kalangan masyarakat Cina tidak menyedari pinjaman mudah dan geran yang tersedia untuk komuniti perniagaan seperti kemudahan pembiayaan mikro bernilai RM100 juta.

“Terdapat pemikiran prejudis bahawa program-program kerajaan hanya untuk masyarakat Bumiputera sahaja. Tetapi di sini, kita berhadapan dengan sebuah kerajaan baharu sekarang di mana kita sedang membuka inisiatif dan program kepada bukan Bumiputera juga.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku, jadi kita perlahanla­han membuka dasar-dasar yang tidak berasaskan kaum. Maka itu, kita harap lebih ramai akan tampil untuk memgambil peluang dan memanfaatk­an inisiatif dan program ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n Hari Bertemu Pelanggan Kementeria­n Kewangan (MOF) di Bangunan Sultan Iskandar di sini, semalam.

Acara itu turut menyaksika­n ceramah yang diadakan di Auditorium di Tingkat 17 dan pameran di tingkat bawah bangunan tersebut.

Chong berkata, ini adalah kali pertama MOF menganjurk­an acara seperti itu bagi memberi maklumat kepada orang awam tentang program dan inisiatif kementeria­n.

Beliau berkata, terdapat beberapa program disediakan MOF untuk membantu komuniti perniagaan seperti kemudahan pembiayaan untuk usaha perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.

“Di Sarawak, saya fikir ramai yang tidak pernah mendengar insiatif-inisiatif ini. Sebab itulah saya menegaskan MOF membuat acara seperti ini supaya maklumat dapat disebarkan dan pada masa sama, rakyat menerima manfaat sepenuhnya dengan apa yang ditawarika­n oleh kerajaan untuk membantu perniagaan berkembang.

“Pada masa lalu, kebanyakan pemohon datang dari Semenanjun­g Malaysia kerana mereka mempunyai lebih banyak akses maklumat dan juga, pejabat di sana.

“Kita rakyat Sarawak kini perlu memanfaatk­an semua ini dalam usaha membantu aktiviti ekonomi kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia