Utusan Borneo (Sarawak)

TNB melalui YTN komited terus lahir pelajar cemerlang

Hampir 350 pelajar dari luar bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak terima manfaat daripada Program Mutiara Timur

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KAJANG: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) komited untuk terus melahirkan pelajar cemerlang daripada golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha memperkasa­kan bidang pendidikan di negara ini.

Pengerusi TNB merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTN Tan Sri Leo Moggie berkata, sejak Program Mutiara Timur diperkenal­kan tujuh tahun lalu, sehingga kini hampir 350 pelajar dari Sabah dan Sarawak telah mendapat manfaat daripada program ini.

“Melalui pendidikan, ia dapat membantu orang ramai dari kawasan luar bandar untuk mengubah kehidupan pelajar sekali gus turut meningkatk­an taraf hidup keluarga mereka dan membangunk­an masyarakat setempat.

“TNB pada masa yang sama cuba memberikan peluang pendidikan kepada pelajar dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Setiap tahun, seramai 25 pelajar dari pedalaman Sabah dan 25 dari pedalaman Sarawak dipilih untuk mengikuti program ini. Ini termasukla­h dari Kanowit, Betong, Serian dan Kapit di Sarawak serta Sandakan, Tawau, Ranau, Kudat dan Nabawan di Sabah.

“Pada tahun ini YTN memilih 50 pelajar tingkatan empat dari daerah Semporna, Sabah serta daerah Song di Sarawak.

“Dalam usaha kita melahirkan pelajar yang berilmu, berkemahir­an dan mempunyai daya saing, pembelajar­annya tidak hanya berlaku di dalam kelas. Proses pembelajar­an itu turut berlaku melalui pengalaman di luar bilik darjah.

“Lantaran itu, sebahagian besar daripada aktiviti Program Mutiara Timur selama lima hari empat malam ini, melibatkan pengalaman di luar bilik darjah. Ini merangkumi lawatan sambil belajar ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Stesen Janaelektr­ik Tuanku Jaafar Port Dickson, Petrosains & Menara Berkembar Petronas, I-City Shah Alam serta persekitar­an Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan teknik menjawab soalan berkesan serta diberi pendedahan peluang pembiayaan pendidikan daripada YTN,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program Mutiara Timur 2019 bertempat di Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), TNB sentiasa komited membantu kerajaan untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat dan membangunk­an modal insan negara.

“TNB melalui YTN sejak tahun 1993 telah menawarkan bantuan pendidikan dalam bentuk biasiswa serta pinjaman boleh ubah dan sehingga Disember 2018, lebih 12,000 pelajar telah melanjutka­n pengajian dalam bidang kejurutera­an, perakaunan dan pengajian perniagaan di universiti terkemuka di dalam dan di luar negara.

“Pada tahun lalu, TNB memperkena­lkan pula program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF), untuk pelajar dari golongan B40 melanjutka­n pengajian tinggi di universiti­universiti tempatan, Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Sehingga kini, terdapat lebih kurang 3,618 pelajar telah mendapat manfaat daripada Program Dermasiswa MyBF ini. Kita yakin semua pelajar berpeluang untuk berjaya dalam pendidikan termasukla­h pelajar-pelajar kita di kawasan pedalaman.

“Adakalanya mereka tidak mendapat pendedahan dan peluang untuk melanjutka­n pengajian di peringkat yang lebih tinggi,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Penyelidik­an & Penilaian Dasar) Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasar Pendidikan Dr Latip Muhammad, Ketua Pegawai Insan TNB Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman dan Pengarah YTN Dato’ Ir Dr Ibrahim Hussein.

Manakala Dato’ Ir Dr Ibrahim Hussein ketika ditemui berkata, TNB percaya bahawa melalui pendidikan ia mampu memberi inspirasi kepada generasi masa depan yang lebih cerah.

Program Mutiara Timur merupakan program kembara motivasi bagi pelajar-pelajar sekolah negeri Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memberi pendedahan dan mencetuska­n aspirasi kepada pelajar luar bandar terutamany­a yang kurang berkemampu­an untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan.

“Pada masa sama, ia juga merupakan usaha kami untuk memperkena­lkan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan TNB kepada masyarakat luar bandar serta melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat TNB kepada masyarakat.

“Kita juga berharap selepas menyertai program seumpama ini, para pelajar akan terus mencari peluang dalam meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran sekali gus menjadikan mereka pelajar contoh untuk rakan-rakan sekolah yang lain,” katanya dalam wawancara khas bersama wartawan Utusan Borneo.

INSPIRASI KEPADA

PELAJAR

Sebagai seorang pelajar yang dari kecil bercita-cita menjadi seorang doktor peubatan, Mohammad Firdaus Bustam, 16, yang berasal dari Semporna, Sabah kini mula menunjukka­n minat dalam bidang kejurutera­an terutamany­a bidang kejurutera­an elektrik setelah mengetahui bidang ini mampu membantu mencipta pelbagai alat yang berkaitan dengan perubatan.

“Sebelum ini saya tidak pernah tahu yang bidang kejurutera­an berkait rapat dengan dengan bidang perubatan dan saya teruja apabila mengetahui perkara tersebut. Ia merupakan pengalaman baharu buat saya.

“Saya ingin menjadi doktor sebab ingin berbakti pada masyarakat dan keluarga tapi kalau difikirkan semula, jika saya melanjutka­n pelajaran dalam bidang kejurutera­an mungkin saya boleh membantu atau mencipta sebuah mesin atau perkakas perubatan sekali gus mem- bantu pesakit di seluruh dunia.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih pada TNB dan YTN kerana memberi peluang pada saya menyertai program ini. Ia merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan kerana ini merupakan pertama kali saya menjejakka­n kaki ke Kuala Lumpur,” katanya pada wartawan Utusan Borneo ketika ditemui.

Bagi pelajar tingkatan empat SMK Datuk Panglima Abdullah, Sabah, Muhammad Firdaus Mazlan pula menyifatka­n Program Mutiara Timur sebagai program kembara motivasi yang banyak memberi pendedahan baharu kepada dia dan peserta yang lain.

“Saya teruja kerana diberi peluang melawat tempat baru seperti Universiti Tenaga Nasional, Menara Berkembar Petronas, Stesen Janaelektr­ik Tuanku Jaafar, Port Dickson dan banyak lagi tempat menarik.

“Bukan itu sahaja, pengisian program selama lima hari saya berada di sini sangat menarik sekali gus menimbulka­n minat untuk saya mengenali bidang kejurutera­an dengan lebih mendalam.

“Melalui program ini juga membolehka­n saya membuat pilihan kursus yang lebih tepat untuk menyambung pelajaran di universiti nanti. Saya harap jika mempunyai rezeki, saya ingin belajar di Universiti Tenaga Nasional,” katanya. Sementara itu, Prisca Vleyvianne Janta anak Alan, 16 dari Song, Sarawak berasa cukup bertuah, gembira dan teruja kerana dipilih menyertai program yang penuh dengan manfaat itu.

“Selain diberi kesempatan melawat ke tempat menarik, program seperti ini saya lihat dapat meningkatk­an kesedaran peserta terhadap peluang pendidikan yang ada terutamany­a pada pelajar seperti diri saya sendiri yang berasal dari kawasan pedalaman.

“Saya juga berpeluang berbual sendiri dengan tokoh dari Kapit yang amat saya hormati iaitu Tan Sri Leo Moggie. Beliau merupakan sumber inspirasi sebagai seorang anak Kapit yang berjaya,” jelas Prisca.

Bagi Ernisha Nazira Anak Stephan, pelajar tingkatan empat SMK Katibas, Song, Sarawak dia teruja mendapat peluang belajar taktik pengiraan matematik bersama Sir Uzairi.

“Saya sendiri sangat sukakan subjek Matematik dan kalau boleh setiap tahun saya ingin menjadi pelajar terbaik dalam mata pelajaran ini. Walaupun sebelum ini saya tidak mengenali Sir Uzairi kerana kurang aktif dalam media sosial, tetapi teknik pengiraan yang digunakan beliau dalam matematik berbeza dan menjadikan subjek itu lebih menarik.

“Program Mutiara Timur ini turut memberi pendedahan awal pada saya untuk mempersiap­kan saya untuk menyambung pelajaran di universiti dalam jurusan kejurutera­an elektrikal nanti,” katanya.

Menurut Nor Aisah Abdul Wahab yang memperoleh keputusan 9A dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) pula, dia berasa bersyukur kerana dapat menyertai program itu.

“Program ini bukanlah seperti program lawatan sambil belajar semata-mata tetapi kami didedahkan dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman baru. Selain itu, YTN juga menawarkan pembiayaan pendidikan seperti biasiswa YTN kepada pelajar yang layak untuk melanjutka­n pengajian ke universiti terkemuka di dalam dan luar negara.

“Melanjutka­n pelajaran ke luar negara adalah cita-cita saya dan apabila saya mengetahui YTN menawarkan biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara saya menjadi teruja kerana ia seperti batu loncatan untuk saya menyiapkan diri melanjutka­n pelajaran ke peringat tertinggi,” kata Nor Aisah, 16, yang berasal dari Semporna, Sabah.

Berlainan pula kisahnya dengan pelajar jurusan perniagaan, Andyran Anak Sudin, 16, berasal dari Song, Sarawak yang bercita-cita menjadi usahawan kosmetik. Dia begitu kagum dengan TNB yang mempunyai pelbagai fasiliti serta anak syarikat lain seperti UNITEN, TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS) dan sebagainya.

“Jika berbicara tentang perniagaan, TNB adalah syarikat GLC yang sangat berjaya dan saya kagum dengan pencapaian­nya. Pada awalnya, saya menjangka TNB hanyalah sebuah syarikat yang membekalka­n elektrik sahaja dan sangkaan saya meleset sama sekali.

“Saya akan jadikan ini sumber inspirasi buat diri saya untuk menjadi seorang usahawan yanag berjaya suatu hari nanti.

“Saya juga berharap Program Mutiara Timur ini akan diteruskan kerana program ini dapat membantu membuka mata pelajar di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk keluar dari tempat asal mereka dan menimba pengalaman baharu,” katanya.

“Pengalaman berjumpa dengan bekas pelajar tajaan YTN dalam jurusan kejurutera­an UNITEN yang berasal dari Sarawak juga tidak akan saya lupakan dan akan saya jadikan pembakar semangat buat diri saya sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa depan,” tambahnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia