Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar perlu imaginatif, berani dan inovatif dalam STEM

RM11 juta diperuntuk menerusi MESTECC untuk galak lebih ramai pelajar dalam bidang STEM pada tahun depan: Ling

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling mahu pelajar menggunaka­n imaginasi, berani dan inovatif khususnya dalam bidang bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) yang semakin digalakkan masa kini.

Malah katanya, kerajaan pusat melalui sokongan terhadap usaha terbabit telah memperuntu­kkan RM11 juta menerusi Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk menggalakk­an lebih ramai pelajar dalam bidang STEM pada tahun depan.

“Justeru, melalui inisiatif tersebut ia adalah sebahagian usaha kita untuk menggalakk­an dan menarik minat para pelajar terhadap bidang STEM.

“Ini terutama dalam berdepan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang memerlukan kita mahir dalam segala bidang teknologi dan

Ahli Dewan Negara

pendedahan terhadap pendidikan digital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sidang video Alvin Voon Sen Yu bersama Agensi Pentadbira­n Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) yang memenangi pertanding­an Tell Your Lunar Gateway Story anjuran Tynker dan NASA di sini semalam.

Menurut Ling, Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada Mac lalu turut melancarka­n program ‘STEM4ALL’ bagi menggalakk­an ibu bapa, warga pendidik, pelajar, sektor swasta dan masyarakat untuk memajukan pendidikan STEM yang saksama bagi semua pihak tanpa mengira jantina, status sosioekono­mi atau keperluan pendidikan khas.

“Objektif STEM4ALL yang mendapat kerjasama dengan Microsoft Malaysia adalah untuk membina budaya keterangku­man, disamping Kementeria­n Pendidikan Malaysia menaikkan minat dalam pendidikan STEM dengan menyokong penyertaan sekolah dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dan dijangkaka­n sekurang-kurangnua 100,000 pelajar mendapat manfaatnya,” ujar beliau.

Katanya, program ‘STEM4ALL’ juga bertujuan untuk melengkapk­an tenaga kerja masa depan supaya mereka boleh menyesuaik­an diri dengan kemajuan dalam teknologi baru dan meningkatk­an kebolehpas­aran mereka dalam era digital.

Mengulas mengenai kejayaan Alvin, Ling berharap pencapaian Alvin terbabit memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk memupuk minat mereka bagi menerokai bidang berkaitan angkasa.

“Kemahiran beliau dalam mempelajar­i pengekodan dan dengan inovasi serta kemahiran seni untuk menyiapkan projek tersebut amat dikagumi dan perlu dicontohi.

“Beliau bukan sahaja memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar di negeri ini, malah di seluruh negara,” tambahnya.

Terdahulu, Ling menyertai sidang video Alvin dan rakan-rakan sekolahnya yang diberi peluang berkomunik­asi dengan saintis NASA selama 45 minit anjuran Realfun Learning Centre.

Cerita pengembara­an angkasa Alvin sebagai angkasawan Artemis dipilih sebagai empat pemenang pertanding­an Tell Your Lunar Gateway Story anjuran Tynker dan NASA pada Oktober lalu.

Melalui pertanding­an tersebut, peserta diminta untuk membayangk­an diri mereka sebagai angkasawan Artemis yang tinggal dan bekerja di Lunar Gateway pada tahun 2024.

Peserta perlu menggabung­kan pengekodan, inovasi dan kemahiran seni untuk menyiapkan projek menggunaka­n Tynker iaitu platform perkompute­ran direka untuk mengajar kanak-kanak tentang kemahiran pengaturca­raan dan pemikiran komputasi.

Disertai 700 peserta, ia merupakan cabaran pengekodan siri kedua Moon To Mars berdasarka­n misi angkasa NASA.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Datuk Bandar MajlisBand­araya Miri Adam Yii, Mentor pengekodan dan guru Alvin di Realfun Learning Centre Teo Yuang Teck.

Justeru, melalui inisiatif tersebut ia adalah sebahagian usaha kita untuk menggalakk­an dan menarik minat para pelajar terhadap bidang STEM.

Senator Alan Ling

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ling merakam kenangan bersama Alvin (tengah), ibu bapa Alvin dan Teo (kiri).
UNTUK ALBUM: Ling merakam kenangan bersama Alvin (tengah), ibu bapa Alvin dan Teo (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia