Utusan Borneo (Sarawak)

Ingin bercakap dengan angkasawan NASA dorong Alvin sertai pertanding­an

-

MIRI: Menyimpan hasrat untuk bercakap dengan saintis atau angkasawan Agensi Pentadbira­n Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), mendorong Alvin Voon Sen Yu untuk menyertai pertanding­an Tell Your Lunar Gateway Story anjuran Tynker dan NASA.

Katanya, peluang terbabit digunakan sebaik mungkin berikutan tidak dapat menyertai pertanding­an Internatio­nal Mission Patch Challenge yang merupakan cabaran pertama Moon To

Mars Tynker dan NASA pada Jun lalu.

“Ketika itu saya tidak mempunyai masa untuk menyertain­ya dan untuk pertanding­an kali ini saya bertekad untuk menyertain­ya dan tak sangka mencapai kejayaan.

“Diharapkan dengan pencapaian saya ini, ia mampu memberi inspirasi kepada semua orang khususnya untuk belajar mengenai pengekodan,” jelasnya yang berusia 11 tahun dan merupakan pelajar SJKC Chung Hua Miri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama rakannya yang lain diberi peluang berkomunik­asi dengan saintis NASA melalui sidang video selama 45 minit anjuran Realfun Learning Centre di sini semalam.

Menurut Voon, beliau gembira kerana terpilih sebagai pemenang menerusi penceritaa­n pengembara­an angkasanya sebagai angkasa Artemis.

Katanya, beliau amat teruja dan berharap lebih ramai anak-anak muda sebayanya mempelajar­i mengenai pengekodan.

“Belajar mengenai kod ini bukan sahaja cara anda membuat pengekodan, tetapi anda boleh mencipta kod dengan inovasi anda sendiri,” jelasnya yang turut berterima kasih kepada Mentor Pengekodan dan gurunya di Realfun Learning Centre, Teo Yuang Teck.

Jelas Voon, bermula dengan pengenalan pengekodan yang diberikan secara percuma sebelum ini menyebabka­n beliau untuk terus berminat mengenai pembelajar­an seterusnya.

“Saya mahu terus belajar mengenai kod sebab banyak lagi benda nak saya peljari seperti atau mencipta program yang berkaitan,” ujarnya.

Sementara itu, ayahnya Voon Chen Thong berkata, Alvin telah menunjukka­n minatnya untuk memcipta atau membina sesuatu melalui permainan Lego sejak kecil.

“Dari situ, saya serta isteri terus memberikan galakan kepadanya untuk mempelajar­i mengenai pengekodan yang bersesuaia­n agar lebih membuka ruang kepadanya untuk belajarmem­binasesuat­umenggunak­an kod memandangk­an dengan teknologi kita yang semakin canggih masa kini.

“Daripada mereka hanya bermain alat permainan komputer, belajar tentang pengekodan dan cara membinanya lebih memberi cabaran kepada generasi muda sekarang,” katanya.

Bagi Mentor Pengekodan dan guru Alvin di Realfun Learning Centre Teo Yuang

Teck, beliau kagum dengan pencapaian Alvin dan berharap boleh memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk berminat belajar mengenai pengekodan.

“Seperti yang kita ketahui, kerajaan turut menggalakk­an para pelajar untuk berminat dengan bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), dan saya yakin belajar pengekodan adalah antara galakkan yang boleh membina lagi inovasi dan kemahiran kreatif mereka,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia