Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji semula dasar dan strategi pekerjaan

Ia perlu bagi menangani isu penganggur­an dalam kalangan belia, siswazah: KM

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Seramai 1,751 pekerja di Sarawak yang hilang pekerjaan memohon faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) sehingga November tahun ini.

Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,521 pemohon telah diluluskan permohonan mereka.

“Ia melibatkan pembayaran faedah sebanyak RM3.3 juta. Untuk makluman, SIP PERKESO bukan sahaja membantu pekerja yang hilang pekerjaan dengan penggantia­n pendapatan, tetapi mereka turut diberi bantuan untuk mendapatka­n pekerjaan baharu melalui Program Penempatan Pekerjaan PERKESO,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian majlis Karnival Pekerjaan Sistem SIP PERKESO Sarawak 2019 oleh Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya di sini, semalam

Mohammed Azman berkata, melalui Program Penempatan Pekerjaan itu, lebih 28,000 pekerja yang hilang pekerjaan di seluruh negara telah berjaya dibantu untuk kembali semula bekerja dalam pelbagai bidang sejak Ogos 2018 hingga November tahun ini.

“Kebanyakan mereka yang hilang pekerjaan terdiri daripada sektor perkhidmat­an, pembuatan dan pembinaan,” jelasnya sambil menambah, seramai 37, 629 pekerja di seluruh negara yang hilang pekerjaan telah mendaftar di bawah skim SIP setakat ini.

Menurut Mohammed Azman, SIP telah dikuatkuas­akan pada 1 Januari 2018 dan faedah penuh SIP mula dilaksanak­an pada 1 Januari lalu.

Di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) katanya, PERKESO melalui SIP pertubuhan itu bertanggun­gjawab menguruska­n pembayaran faedah kepada mereka yang terbabit dalam kes pemberhent­ian kerja seperti yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 30 Akta 800.

“Insya-Allah kita dari tahun ke tahun akan menambah baik dan sekarang ini bekerjasam­a dengan banyak agensi bukan hanya mereka di bawah radar PERKESO, tetapi juga kepada semua mereka yang mencari kerja.

“Maknanya sesiapa sahaja boleh memohon, kalau ada berlaku penutupan kompeni dan sebagainya, mereka boleh hadir di mana-mana pejabat PERKESO dan kita akan bantu mereka. Bantuan kita bukan hanya dari segi kewangan tapi juga, membantu mencari pekerjaan,” ujarnya.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata, PERKESO telah membangunk­an sebuah sistem Job Portal dikenali EIS (Employment Insurance Systems) Job Portal selari dengan peranan pertubuhan itu sebagai Perkhidmat­an Pekerjaan Awam di negara ini.

Sistem itu katanya, sedang menjalani ujian teknikal dan dijangka dilancarka­n dalam masa terdekat.

“Portal perkejaan ini akan memudahkan pengguna sama ada majikan ataupun pencari pekerjaan untuk mengenal pasti ‘job matching’ dan keperluan kemahiran yang dituntut atau kemahiran yang perlu ada pada sesuatu jawatan yang diiklankan dalam portal tersebut.

“Kita (PERKESO) yakin manfaatnya bukan sekadar kepada pencarum tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat,” ujar beliau.

KUCHING: Kementeria­n Sumber Manusia diminta untuk mengkaji semula pelbagai dasar dan strategi pekerjaan di negara ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu perlu bagi menangani isu penganggur­an dalam kalangan belia khususnya membabitka­n golongan siswazah.

Menurut beliau, ada kemungkina­n isu penggangur­an dalam kalangan belia adalah berkait langsung dengan dasar penggajian pekerja asing, pegawai dagang dan juga pelajar asing yang dibenarkan bekerja termasuk menjalanka­n perniagaan haram dan tidak terkawal.

“Ini merupakan suatu trend yang membimbang­kan dan perlu dikaji secara serius oleh semua pihak bagi mengenal pasti punca dan jalan penyelesai­annya,” ujarnya pada majlis perasmian Karnival Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sarawak 2019 di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya di sini, semalam.

Abang Johari berkata demikiaan menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Ketua Menteri

Abang Johari berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan kesulitan yang dialami dan keresahan dalam kalangan belia dan siszwazah yang masih mengganggu­r dan terpaksa menjalanka­n apa jua aktiviti untuk menampung kehidupan.

Ini katanya, termasuk pekerjaan dalam ekonomi gig atau ‘non-standard employment’ dengan pendapatan yang tidak menentu, waktu kerja yang panjang selain tiada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) bagi hari tua.

“Saya khuathir jika isu ini tidak ditangani secara holistik, ia boleh memberi kesan kepada kestabilan sosioekono­mi negara dan menyebabka­n banyak masalah sosial dalam kalangan belia,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata pelbagai punca penganggur­an perlu dianalisis secara mendalam dari pelbagai aspek dan sudut.

“Antaranya pengumpula­n data mikro mengenai peluang-peluang pekerjaan termasuk pengwujuda­n jawatan baharu, data mikro mengenai bilangan graduan atau sisswazah menganggur, bilangan pekerjaan yang hilang dari pasaran akibat penutupan syarikat dan sebagainya, lambakan pekerja bukan warganegar­a termasuk yang bekerja secara haram dan banyak lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari memberitah­u kerajaan Sarawak menyambut baik peluasan Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada 18 sektor informal lain merangkumi peniaga kecil, petani, nelayan dan penggiat seni mulai tahun depan.

“Ini kerana ia dapat melindungi mereka yang bekerja sendiri di negeri ini. Untuk makluman, caruman SKSPS ketika ini adalah mandatori untuk pemandu teksi, kereta sewa, perkhidmat­an e-hailing dan pemandu bas berdasarka­n Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017,” katanya.

Mengenai program karnival itu, beliau percaya peranan baharu PERKESO dalam menerajui SIP serta pelbagai skim dan faedahfaed­ah yang sedia ada memberi banyak manfaat kepada orang ramai.

“Bukan sahaja kepada individu pekerja dan keluarga mereka tetapi juga, terhadap pembanguna­n sosioekono­mi negara,” katanya sambil menyifatka­n perkhidmat­an yang PERKESO sediakan setanding dengan perkhidmat­an pekerjaan di negara maju dan tidak hanya bergantung pada portal pekerjaan sahaja.

Terdahulu, seramai 30 majikan dari pelbagai sektor industri menyertai karnival tersebut dan menawarkan 4,700 kekosongan jawatan kepada orang awam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed dan Pengarah PERKESO Negeri Sarawak Philip Sangkan.

Saya khuathir jika isu ini tidak ditangani secara holistik, ia boleh memberi kesan kepada kestabilan sosioekono­mi negara dan menyebabka­n banyak masalah sosial dalam kalangan belia.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

 ??  ?? SAMPAIKAN: Hasidah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada majikan dan peserta bagi program Penempatan Pekerjaan Semula PERKESO pada majlis perasmian Karnival Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO Sarawak 2019 di Kuching semalam.
SAMPAIKAN: Hasidah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada majikan dan peserta bagi program Penempatan Pekerjaan Semula PERKESO pada majlis perasmian Karnival Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO Sarawak 2019 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia